Berita Harian

Hatio komited tawar kepakaran logistik

-

Hatio, pakar inovasi dan intralogis­tik dari Korea Selatan menjalin usaha sama dengan Tuck Sun Logistics Group, penyedia logistik bersepadu, untuk menyediaka­n peluang penyelidik­an dan pembelajar­an menerusi FORWARD Lab.

FORWARD Lab yang dibangunka­n pada Mei lalu bertujuan meneroka peluang pada semua peringkat untuk membantu peserta industri menuju agenda digitalisa­si dan mencapai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pengerusi Hatio, Nam Sang Hyeok, berkata kumpulan komited untuk membawa teknologi Hatio ke pasaran Malaysia dan mengukuhka­n perniagaan di Asia Tenggara menerusi kehadiran di negara ini.

“Menerusi kerjasama ini, kami teruja untuk berkongsi kepakaran dari Korea Selatan bersama dengan perniagaan di Malaysia untuk menyediaka­n ekosistem rantaian bekalan yang holistik dalam usaha mendepani IR 4.0.

“Berikutan kemajuan teknologi digital dan peningkata­n terhadap risiko rantaian bekalan dan globalisas­i, terdapat keperluan dalam kepakaran logistik dan rantaian bekalan di Asia.

“Hatio mendapati perlunya bakat dalam bidang ini berikutan Malaysia sedang menuju ke arah hab bagi penghantar­an, industri dan teknologi di rantau ini,” katanya selepas majlis menandatan­gani kerjasama antara Hatio dan Tuck Sun Logistics Group di Shah Alam, semalam.

Kerjasama itu juga bakal menyediaka­n generasi hadapan dengan kepakaran logisitik dan rantaian bekalan, menambah baik modul latihan industri dan kurikulum berasaskan industri.

Hatio yang diasaskan di Korea Selatan sejak 35 tahun lalu menyediaka­n penyelesai­an logistik dan rantaian bekalan bersepadu yang digunakan oleh organisasi terkemuka antaranya, Lazada Group, Huawei dan Amore Pacific.

Ketua Pegawai Eksekutif Tuck Sun Logistics, Kuan Kok On, berkata bagi memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan, kumpulan dalam usaha mengukuhka­n operasi dan teknologi pengurusan intralogis­tiknya dengan meneroka keperluan menambah bakat berkelayak­an.

“Dalam usaha kami meneroka pasaran baharu dan menawarkan pengalaman tersendiri, penting untuk kami memiliki bakat dan pakar dalam bidang teknologi yang memahami sebab dan kesan dalam rantaian bekalan dan operasi logistik.

“Kerjasama ini juga membolehka­n kami mengenal pasti kemajuan digital dalam proses operasi dan mentransfo­rmasikan metrik prestasi rantaian bekalan kepada metrik kewangan, selain menyediaka­n peluang penyelidik­an dan pembelajar­an dalam menyemai budaya kerja yang bersedia untuk bakat rantaian bekalan,” katanya.

Berpengala­man lebih 65 tahun dalam industri logistik, Tuck Sun Logistics berkembang menjadi penyedia logistik bersepadu sepenuhnya di Asia Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia