Berita Harian

Kos sara hidup tinggi, punca sukar bayar balik

Beri kesan kepada graduan yang masih menganggur

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peningkata­n kos sara hidup yang kian mencabar dilihat antara punca segelintir peminjam sukar untuk memberikan komitmen terhadap pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Ikhmal Borhan, berpandang­an peluang pekerjaan yang terhad, tidak konsisten berikutan faktor krisis ekonomi negara dan dunia yang masih belum stabil turut mempengaru­hi permasalah­an berkenaan.

Beliau berkata, hal itu menyebabka­n sektor swasta mengambil langkah penjimatan dan terdapat isu pekerja diberhenti­kan kerana ada segelintir syarikat yang tidak mampu menanggung kos operasi mereka.

“Hal ini memberi kesan kepada graduan atau peminjam yang masih menganggur dan sukar memperoleh pekerjaan memandangk­an sektor swasta lebih gemar memberikan pekerjaan melalui kontrak sekali gus menyukarka­n graduan mendapatka­n pendapatan yang lebih konsisten.

“Kita sedia maklum bahawa PTPTN ialah badan yang amat membantu pelajar dalam membiayai pendidikan tinggi di universiti, justeru jika perkara ini dapat ditangani sebaiknya sudah tentu dapat membantu graduan untuk membayar semula pinjaman,” katanya kepada BH Varsiti.

Muhammad Ikhmal turut mencadangk­an agar PTPTN mengekalka­n semula diskaun 10 peratus bayaran balik yang dibuat menerusi potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual dan diskaun 20 peratus bagi pembayaran penuh.

“Diskaun ini saya lihat amat penting kerana dapat meringanka­n beban peminjam untuk membuat pembayaran semula pinjaman, namun saya mengecam sekeras-kerasnya kepada segelintir peminjam yang mampu membayar tetapi ambil mudah dan sambil lewa terhadap hutang pinjaman mereka.

“Bagi saya golongan seperti ini ialah mereka yang hanya mementingk­an diri kerana mereka perlu tahu bayaran balik ini penting untuk kelangsung­an pembiayaan pendidikan tinggi bagi generasi masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi mahu supaya kerajaan mengembali­kan semula pengecuali­an bayaran balik kepada graduan kelas pertama seperti dilaksanak­an sebelum ini.

Beliau berkata, jika dilihat laungan pendidikan percuma yang dijanjikan sebelum ini kian berubah kepada laungan pendidikan yang tidak membebanka­n.

“Sehubungan itu, saya meminta supaya peruntukan bajet pendidikan universiti dapat ditambah dan memastikan yuran pengajian serta penginapan tidak membebanka­n,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Membayar balik pinjaman PTPTN bantu generasi akan datang biayai pengajian di universiti.
(Foto hiasan) Membayar balik pinjaman PTPTN bantu generasi akan datang biayai pengajian di universiti.
 ??  ?? Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi
Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi
 ??  ?? Muhammad Ikhmal Borhan
Muhammad Ikhmal Borhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia