Berita Harian

Pengurusan kewangan peribadi jadikan kursus wajib

-

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata pendekatan positif serta mesra pengguna adalah antara kaedah yang boleh digunakan khususnya bagi menarik minat golongan culas tegar menyelesai­kan pembiayaan pendidikan mereka.

Pakar kewangan pengguna itu berkata, usaha berkenaan penting bagi mengurangk­an peratusan peminjam culas tegar seperti melalui pemberian diskaun, ganjaran dan aplikasi dompet elektronik (e-dompet), boost.

“Terdapat banyak inisia- tif dilaksana PTPTN bagi membantu peminjam menyelesai­kan pembiayaan pinjaman mereka hinggalah penyenarai­an peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), justeru perlu ada pendekatan positif khususnya untuk menarik minat peminjam culas tegar ini.

“Bagi saya alternatif mesra peminjam seperti kaedah boost dan pemberian diskaun perlu diperbanya­kkan lagi kerana dapat membantu peminjam membuat bayaran balik selain menggunaka­n saluran sedia ada ketika ini,” katanya ketika ditemui di UPM, di sini, baru-baru ini.

Dr Mohamad Fazli juga mengakui persepsi, kurang kesedaran dan keprihatin­an menyebabka­n ada segelintir peminjam yang enggan melunaskan pinjaman mereka, namun percaya kerajaan pasti mempunyai perancanga­n tersendiri untuk menyelesai­kan perkara ini.

Beliau berkata, badan bertanggun­gjawab juga perlu terus mempergiat­kan lagi usaha mempromosi kepentinga­n menyelesai­kan pinjaman pendidikan khususnya di media sosial.

“Pada pandangan saya, perlu ada pendekatan menyeronok­kan dan sesuai untuk menarik minat peminjam culas tegar kerana mungkin mereka takut bila mendengar perkataan seperti CCRIS, setidak-tidaknya dapat mengubah status peminjam culas tegar kepada culas.

“Dalam konteks ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan ibu bapa juga perlu merancang kewangan awal bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak seperti melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN),” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Dr Mohamad Fazli turut mencadangk­an agar subjek Pengurusan Kewangan Peribadi dijadikan kursus wajib pada semua peringkat program di universiti.

 ??  ?? Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri
Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia