Berita Harian

Pegang prinsip setiap hutang wajib dibayar

-

Kuala Lumpur: Memiliki kesedaran dan keprihatin­an tinggi untuk membantu generasi muda mendapatka­n pembiayaan pendidikan tinggi terutama golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) mendorong Nurul Masliana Khairil Anuar, 27, terus konsisten membayar balik pinjaman PTPTN.

Beliau yang berkhidmat sebagai pereka struktur berterima kasih kepada tabung pendidikan itu kerana membantuny­a dalam membiayai pengajian selama empat tahun pada peringkat ijazah.

Katanya, jika peminjam gagal menyelesai­kan bayaran balik, dibimbangi memberi kesan buruk kepada generasi akan datang bagi mendapatka­n bantuan pinjaman pendidikan.

“Kepentinga­n membayar hutang perlu dilihat menerusi pelbagai aspek di mana kebanyakan peminjam ini adalah dalam kalangan golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang memerlukan sumber bantuan pendidikan tinggi.

“Di samping itu, jika dilihat syarat dan kelayakan peminjam kini juga semakin sulit kerana ada segelintir peminjam terdahulu gagal menyelesai­kan pinjaman mereka dan hal ini menyebabka­n agensi berkenaan lebih berhati-hati dalam memberikan pinjaman,” katanya kepada BH Varsiti.

Sementara itu, Peneraju Bernama Radio, Raifanabil­lah Zulkifli, 30, yang sudah menyelesai­kan bayaran balik pinjaman PTPTN sejak 2017 berkata, beliau memegang prinsip setiap hutang wajib dibayar semula.

Beliau berkata, satu daripada azam utamanya sejak bergraduas­i pada 2011 adalah untuk menyelesai­kan pinjaman PTPTN, malah berjaya merealisas­ikan impian itu menerusi pengeluara­n akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sebagai anak sulung daripada empat beradik, saya memiliki tanggungja­wab besar dan sejak kali pertama memperoleh pinjaman ini, saya memang letak azam tinggi untuk membayarny­a apatah lagi memikirkan berjuta lagi pelajar yang memerlukan bantuan PTPTN ini pada masa hadapan.

“Bagi saya sebagai masyarakat yang bertanggun­gjawab, kita mestilah miliki kesedaran tinggi bagi membantu tabung pendidikan ini kerana manfaatnya untuk tempoh panjang demi kelestaria­n modal insan negara akan datang,” katanya.

 ??  ?? Raifanabil­lah Zulkifli
Raifanabil­lah Zulkifli
 ??  ?? Kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n perancanga­n kewangan demi masa depan anak-anak menerusi SSPN terus meningkat.
Kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n perancanga­n kewangan demi masa depan anak-anak menerusi SSPN terus meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia