Berita Harian

Prof Asma tersenarai felo Keele University College

Anugerah tertinggi diberi kepada Naib Canselor USM

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Keele University College of Fellows, satu pengiktira­fan atas kepakaran, pencapaian dan sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, baik di dalam mahupun di luar negara.

Asma yang juga penerima Ijazah Kehormat Doctor of Science, Keele University 2017 disifatkan sebagai antara tokoh akademik berpengaru­h dan figura wanita terbilang, dilantik sebagai felo dalam majlis khas bersempena upacara konvokesye­n di Keele University, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Naib Canselor Keele University, Prof Trevor Mcmillan, berkata lantikan menjadi Keele University College of Fellows adalah atas sumbangan terbilang individu dalam bidang kepakaran masing-masing termasuk sarjana keilmuan, ahli pemikir bidang kemanusiaa­n, pemimpin dan sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya amat berbangga kerana Prof Asma menjadi sebahagian daripada komuniti Keele.

Anggota Keele College of Fellows terdiri daripada individu cemerlang dari pelbagai bidang yang dipilih khas untuk membantu memajukan universiti.

Mereka memberi sokongan dan dorongan melalui forum secara tidak formal demi memantapka­n lagi hala tuju perkembang­an universiti.

Pelantikan sebagai ahli ke Keele College of Fellows adalah anugerah tertinggi yang diberikan oleh pihak universiti.

Sementara itu, Asma berkata, ia adalah satu penghargaa­n untuk kembali semula ke Keele University dan dipilih sebagai ahli College of Fellows serta termaktub sebagai sebahagian daripada sejarah universiti berkenaan.

“Saya berasa amat dihargai serta terharu dengan pengiktira­fan sebegini sekali lagi dan seperti sebelumnya, peluang untuk hadir dalam kalangan ahli akademik ternama, graduan serta keluarga mereka juga adalah satu penghormat­an.

“Bagi saya, pendidikan seimbang yang menekankan kepentinga­n ilmu pengetahua­n serta nilai yang berperanan sebagai kunci ke arah transforma­si perubahan ilmu dan minda sangat perlu dalam membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa depan,” katanya.

Asma berkata, graduan pada hari ini juga perlu bijak mencipta peluang kerjaya daripada hanya menjadi pencari kerja.

“Tiada sebarang magis atau jalan pintas untuk graduan mencapai kemuncak kejayaan. Mereka perlu melangkah dari tangga ke tangga pada satu-satu masa, namun dengan kesungguha­n, dedikasi dan disiplin yang tinggi, kejayaan akan menjadi milik mereka akhirnya,” katanya.

 ??  ?? Prof Asma bergambar bersama Canselor Keele University, Sir Jonathon Porritt (kiri); Pro Canselor, Dame Jo Williams (dua dari kanan) dan Prof Trevor (kanan) sempena perlantika­n sebagai Keele University College of Fellows.
Prof Asma bergambar bersama Canselor Keele University, Sir Jonathon Porritt (kiri); Pro Canselor, Dame Jo Williams (dua dari kanan) dan Prof Trevor (kanan) sempena perlantika­n sebagai Keele University College of Fellows.
 ??  ?? Prof Asma dilantik sebagai felo Keele University College dalam majlis khas bersempena upacara konvokesye­n di Keele University, baru-baru ini.
Prof Asma dilantik sebagai felo Keele University College dalam majlis khas bersempena upacara konvokesye­n di Keele University, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia