Berita Harian

Pelajar UMK berjaya dapat tajaan biasiswa Fair & Lovely

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencipta sejarah apabila menerima sebanyak 30,577 undian sekali gus memenangi tempat pertama untuk meraih tajaan Biasiswa Fair & Lovely 2019 berjumlah RM50,000.

Jumlah undian itu direkodkan berdasarka­n kiraan undian secara dalam talian untuk memilih penerima yang terdiri daripada tujuh universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bersaing merebut tajaan biasiswa berjumlah RM200,000 daripada produk kecantikan Fair & Lovely.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul tempat kedua dengan 21,058 undian dan Kolej Universiti Islam Antarabang­sa di tempat ketiga (6,743 undian).

Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UMK, Noorafnie Edura Ab Manaf, berkata program pencarian penerima biasiswa itu membabitka­n 40 pelajar wanita daripada tujuh UA dan IPTS.

Katanya, kriteria dan syarat penyertaan program peraduan bagi memenangi tajaan biasiswa itu ialah calon mestilah mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) minimum 3.0 dalam akademik dan aktif dalam bidang kokurikulu­m di universiti.

“Seramai 10 pelajar UMK terpilih untuk menerima sejumlah wang tunai RM5,000 setiap seorang sebagai pembiayaan menampung keperluan pengajian mereka termasuk yuran pengajian, pembelian buku dan barangan keperluan lain.

“Pembiayaan biasiswa ini diharap menjadi inspirasi kepada pelajar untuk lebih berkeyakin­an dan berketeram­pilan selain memberi galakan kepada golongan wanita untuk menggapai cita-cita serta menyediaka­n platform kepada mereka dalam mendapatka­n peluang pendidikan,” katanya.

Antara 10 pelajar UMK yang layak menerima tajaan biasiswa ialah Norhazimah Asik (Sarjana Muda Keusahawan­an Peruncitan Dengan Kepujian); Marniza Agustiar (Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan Perbankan dan Kewangan Islam Dengan Kepujian); Nor Azariema Hanim A Aziz (Sarjana Muda Keusahawan­an Peruncitan Dengan Kepujian); Nur Nerina Aerisya Zameri (Doktor Perubatan Veterinar) dan Shahida Mohamad (Sarjana Muda Senibina Dalaman Dengan Kepujian).

Lima lagi penerima ialah Jeevanya A/P Mani Maran (Sarjana Muda Kreatif Dengan Kepujian); Nor Amera Norman Muda (Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian); Nurul Asmidar Mohamod (Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bioindustr­i Dengan Kepujian); Nur Haffizah Jusoh (Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Sumber Hutan Dengan Kepujian) dan Wan Nursyazlen­n Wan Juru Halam (Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknol­ogi) Dengan Kepujian).

 ??  ?? Seramai 10 pelajar UMK terpilih menerima biasiswa Fair & Lovely 2019, baru-baru ini.
Seramai 10 pelajar UMK terpilih menerima biasiswa Fair & Lovely 2019, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia