Berita Harian

Hari bebas kenderaan UTMKL

Pupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur menganjurk­an Program Car Free Day (CFD) atau Hari Bebas Kenderaan sejajar menyokong budaya komuniti rendah karbon serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.

Program yang bermatlama­t mengurangk­an penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus itu dijadual dilaksanak­an secara berkala iaitu pada hari Rabu minggu keempat setiap bulan.

Pelaksanaa­n inisiatif pelestaria­n murni berkenaan ialah antara usaha dijalankan universiti ke arah penyediaan kampus lestari menerusi pembabitan aktif warga kampus.

Pro-naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof Dr Shamsul Sahibuddin, berkata penganjura­n acara itu seiring komitmen universiti dalam menyokong Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG), di samping memberi pendedahan mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan serta persekitar­an hijau.

Beliau berkata, sambutan yang diterima daripada staf juga amat menggalakk­an di mana terdapat banyak manfaat diperoleh mereka melalui penyertaan dalam aktiviti sihat berkenaan.

“Program ini akan bermula dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang di mana terdapat beberapa zon larangan kenderaan malah kami yakin apabila parkir bertingkat yang sedang dibangunka­n ini siap kelak, lebih banyak kawasan akan dapat diliputi.

“Kami juga mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti senamrobik dan kempen berjalan kaki 10,000 langkah yang mana acara ini dapat menerapkan budaya menyihatka­n serta kepentinga­n kesihatan dengan lebih menyeluruh,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Bersempena program itu, Prof Shamsul berkata, di samping 600 lot parkir yang terdapat di Residensi UTMKL, perkhidmat­an kereta buggy dan shuttle turut disediakan untuk memudahkan akses staf khususnya bagi mereka yang meletakkan kenderaan di LRT Damai berhampira­n.

“Buat masa ini, program CFD membabitka­n satu perempat daripada kawasan universiti dan secara berperingk­at, malah kami juga akan melakukan penambahba­ikan dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? Aktiviti senamrobik ialah acara sukan yang menyihatka­n dan mampu menerapkan warga kampus dengan amalan gaya hidup sihat.
Aktiviti senamrobik ialah acara sukan yang menyihatka­n dan mampu menerapkan warga kampus dengan amalan gaya hidup sihat.
 ??  ?? Prof Shamsul (empat dari kanan) melancarka­n kempen Car Free Day dan 10,000 Langkah di dataran UTM Kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Prof Shamsul (empat dari kanan) melancarka­n kempen Car Free Day dan 10,000 Langkah di dataran UTM Kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia