Berita Harian

PMM ungguli Melaka Culinary Challenge 2019

-

Bachang: Sekumpulan pensyarah dan mahasiswa bidang kulinari Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) berjaya meraih tiga pingat emas, empat perak dan satu gangsa serta dua diploma bersempena Melaka Culinary Challenge 2019 yang diadakan di KIPMART Bachang, di sini, baru-baru ini.

Pensyarah Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i (JPH) yang juga ketua pasukan, Abdul Razak Wari, berkata tiga emas diperoleh menerusi hot cooking category

(apprentice) disertai pelajar Diploma Perkhidmat­an Makanan Amalan Halal, Siti Nur Akmal Putri Ibrahim manakala kategori fruits and vegetable carving

dimenangi pelajar Diploma Pengurusan Hotel, Wan Aidel Azuar Wan Mohammad Zin.

Beliau berkata, bagi carving team (kategori terbuka) pula masing-masing dimenangi pelajar Diploma Pengurusan Hotel, Muhamad Helmi Mustafa dan Wan Muhammad Anieqq Wan Muhd Din.

“Kami bersyukur kerana turut memenangi empat pingat perak menerusi kategori hot cooking category apprentice (Ahmad Irfan Shauki Juma'ad), kategori individu fruits and vegetable carving (Muhamad Helmi Mustafa dan Wan Muhammad Anieqq Wan Mohd Din), manakala team carving dimenangi oleh saya dan Wan Aidel Azuar Wan Mohammad Zin.

“Besar harapan saya agar momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangk­an PMM memiliki ramai pelajar yang berbakat dan cemerlang dalam bidang akademik”, katanya kepada BH Varsiti.

Majlis Penutupan Melaka Culinary Challenge 2019 disempurna­kan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Al-mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-haj.

Pada acara itu, PMM turut memperoleh pingat gangsa melalui kategori hot cooking (terbuka) oleh pensyarah JPH, Hasnida Khairudin dan kemenangan diploma pula diraih pelajar Muhammad Himni Zikrillah Mohd Halip menerusi kategori hot cooking (apprentice), sementara Hanan Sofiyyah Noor Azizi bagi kategori individu fruits and vegetable carving.

 ??  ?? Abdul Razak (berdiri 4 dari
kiri) bergambar bersama-sama pasukan
JPH selepas pertanding­an berlangsun­g di KIPMART Bachang, Melaka
Abdul Razak (berdiri 4 dari kiri) bergambar bersama-sama pasukan JPH selepas pertanding­an berlangsun­g di KIPMART Bachang, Melaka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia