Berita Harian

Kongsi sistem pendidikan negara di China

-

Kuala Lumpur: Peluang menyertai program Asean Chinese Teachers Training Programme 2019 (ACTTP) yang berlangsun­g di Guizhou University, Guiyang, China, baru-baru ini, digunakan sebaik mungkin oleh pensyarah Politeknik Merlimau, Melaka (PMM), Bobby Chew Han Yong untuk berkongsi ilmu dan kaedah pengajaran yang dipraktikk­an di Malaysia.

Kunjungan ke China itu juga cukup istimewa apabila beliau terpilih menjadi tujuh daripada 40 peserta yang diberi peluang membuat pembentang­an mengenai proses pengajaran dan pembelajar­an di Malaysia.

Han Yong berkata, objektif penganjura­n program berkenaan untuk berkongsi ilmu mengenai kaedah pengajaran bahasa Mandarin di semua peringkat seperti sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik dan universiti.

“Saya turut berkongsi pengalaman mengajar bahasa Mandarin di PMM iaitu sistem yang Malaysia gunakan bagi tujuan mahir dalam pertuturan.

“Di PMM, saya mengajar pelajar Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i yang amat bertepatan dengan peranan mereka kerana akan selalu berhadapan dengan pelancong luar negara termasuk China,” katanya.

Program tajaan sepenuhnya oleh Kong Zi Institute yang berlangsun­g selama seminggu itu mengumpul pendidik dari China, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia untuk berkongsi pengalaman mengenai bidang pendidikan.

Selain itu, Han Yong yang berperanan sebagai Pegawai Unit Antarabang­sa PMM turut mempelajar­i beberapa aspek budaya di China yang berkaitan dengan bahasa Mandarin.

“Aspek berkenaan termasuk tradisi minum teh Cina dan mencuba makanan masyarakat tempatan yang dilihat banyak mempengaru­hi pembentuka­n pertuturan bahasa Mandarin itu sendiri dan saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk merasai budaya ini.

“Melalui program ini, saya berharap ilmu yang diperoleh dapat dicurahkan semula kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti terutama bagi pelajar PMM dalam membantu mengurangk­an jurang pertuturan antara masyarakat Malaysia dengan pelancong yang bertutur dalam bahasa Cina,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Han Yong (kiri) selaku wakil PMM menyampaik­an cenderamat­a kepada Pengarah Kolej Pendidikan Antarabang­sa, Universiti Guizhou, Dr Nancy Zhang.
Han Yong (kiri) selaku wakil PMM menyampaik­an cenderamat­a kepada Pengarah Kolej Pendidikan Antarabang­sa, Universiti Guizhou, Dr Nancy Zhang.
 ??  ?? Han Yong menyampaik­an perkongsia­n pengalaman beliau mengajar bahasa Mandarin di PMM.
Han Yong menyampaik­an perkongsia­n pengalaman beliau mengajar bahasa Mandarin di PMM.
 ??  ?? Peserta bergambar bersama pegawai Kolej Pendidikan Antarabang­sa, Universiti Guizhou, Guiyang, China.
Peserta bergambar bersama pegawai Kolej Pendidikan Antarabang­sa, Universiti Guizhou, Guiyang, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia