Berita Harian

Pulihara alam sekitar di Pulau Banding, Pulau Orang Utan

Selamatkan spesies terancam, didik anak Orang Asli

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Shah Alam: Empat ahli institusi Konsortium Better Futures iaitu Universiti Teknologi MARA (UITM), Southern Connecticu­t State University (SCSU), Liverpool John Moores University (LJMU) dan Shanghai Normal University (SHNU) menyertai aktiviti konservasi alam sekitar di Pulau Banding, Hutan Simpan Belum dan Pulau Orang Utan, Bukit Merah, Perak, baru-baru ini.

Program Kesukarela­wanan Global selama dua minggu membabitka­n 44 sukarelawa­n itu mengedarka­n keperluan asas kepada Orang Asli seperti beras, makanan, beg, tanaman, buku dan alat tulis yang ditaja oleh OEL Realty Holdings Sdn Bhd,

Tunas Nasional Holdings Sdn Bhd serta beberapa penaja persendiri an lain.

Program perintis yang berte makan Conserving Home and Our

Home itu sebahagian daripada sumbangan mereka untuk gene rasi masa depan dengan mem bantu menyelamat­kan spesies terancam dan masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Antara aktiviti pemulihara an dilakukan seperti menanam pokok, mengajar bahasa Inggeris kepada anak Orang Asli di Sungai Tiang dan Kampung Semelor, membersihk­an aktiviti di Pusat Orang Utan serta memberi makan orang utan di tempat perlindu ngannya.

Konsortium Better Futures adalah kolaborasi antara univern siti sivik moden untuk merintis peningkata­n kejayaan pelajar dan perkembang­an seimbang mener si kerjasama pendidikan antara budaya.

Program itu dihoskan oleh Pejabat Hal Ehwal Antarabang­sa (OIA) UITM Shah Alam dengan kerjasama Yayasan EMKAY Malaysia, sebuah organisasi­amal

yang membantu golongan memerlukan terutama mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

Sempena program itu, UITM GESTURZ bertanggun­gjawab memikul tugas kurasi video dan foto untuk kegunaan dokumentas­i dan pameran akan datang serta tujuan promosi.

Sesi perkongsia­n pengalaman turut dibuat oleh empat wakil daripada setiap ahli institusi konsortium bersempena majlis penutup program berkenaan dan tayangan video untuk berkongsi momen yang direkodkan ketika program berkenaan.

Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata program itu membuktika­n bahawa peserta berkeingin­an untuk belajar dan mempelajar­i perkara baharu, meneroka pelbagai kemungkina­n dalam memulihara spesies terancam dan komuniti Orang Asli yang boleh membawa kepada penemuan baharu.

“Saya gembira melihat keinginan sukaralewa­n untuk memperoleh pengalaman pembelajar­an berharga dan berkongsi kemahiran dalam pelbagai bidang melalui program ini serta mewujudkan rangkaian global untuk masa depan yang lebih baik,” katanya pada majlis penutup di UITM GESTURZ, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah OIA UITM, Dr Zainab Mohd Noor, berkata program sedemikian penting untuk meningkatk­an pembabitan pelajar secara sukarela ketika sesi pengajian mereka.

“Program ini memberi pengalaman sebenar yang mereka tidak akan dapat menerusi pembelajar­an daripada buku teks mahupun guru atau penyelia kursus.

“Program sukarelawa­n ini membabitka­n kolaborasi bukan hanya antara ahli institusi Konsortium Better Futures, tetapi juga dari Institut Kualiti dan Pengembang­an Ilmu (INQKA) UITM serta Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UITM,” katanya.

Konsortium Better Futures turut merancang program lain tahun ini seperti Shanghai Summer Camp yang dihoskan oleh SHNU di Shanghai, China dan

World Merit yang dihoskan oleh LJMU di Marakesh, Maghribi.

 ??  ?? Peserta bergambar sempena Program Kesukarela­wanan Global di Pulauu Banding, Hutan Simpan Belum dan Pulau Orang Utan, Bukit Merah, Perak, baru-baru ini.
Peserta bergambar sempena Program Kesukarela­wanan Global di Pulauu Banding, Hutan Simpan Belum dan Pulau Orang Utan, Bukit Merah, Perak, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Sukarelawa­n berpeluang menganjurk­an pelbagai aktiviti bersama ko omuniti di Pulau Banding dan Pulau Orang Utan.
Sukarelawa­n berpeluang menganjurk­an pelbagai aktiviti bersama ko omuniti di Pulau Banding dan Pulau Orang Utan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia