Berita Harian

Perabot rotan tahan lama

-

PERABOT dan produk rotan sering menjadi pilihan untuk dekorasi kediaman, pejabat atau pusat peranginan. Penggunaan­nya adalah ringkas dan mudah disuai padan dengan hiasan lain. Produk rotan yang dijaga dengan baik mampu menjangkau hayat lebih 10 tahun. Beberapa panduan penjagaan rotan yang mudah dan jimat dikongsi bersama.

BASUH DAN BERUS

Perabot atau produk rotan yang anda miliki boleh dibersihka­n dengan mengalirka­n air pada permukaann­ya sambil diberus perlahan-lahan. Ia bagi mengeluark­an kekotoran atau kulat yang tumbuh pada permukaan rotan berkenaan. Kulat yang berwarna kehitaman ini jika tidak dibersihka­n boleh menyebabka­n perabot dan produk rotan kelihatan kusam. KERINGKAN dengan sinaran matahari. Perabot atau produk rotan yang sudah dicuci dengan air mestilah dilap dan dikeringka­n. Dedahkan ia kepada cahaya matahari tetapi tidak secara terus atau terlalu lama melebihi 36 jam. Jika tidak ia boleh merosakkan perabot dan produk itu.

SEMBURAN POLYGLAZE

Kaedah lain bagi penjagaan perabot dan produk rotan ialah dengan mencucinya menggunaka­n semburan polyglaze. Bahan ini boleh membuatkan perabot dan produk rotan kelihatan lebih baru dan bersih berkilat. Semburan polyglaze boleh didapati di pasar raya.

PILIH ROTAN BERWARNA NATURAL

Jika anda seorang yang cepat bosan dan gemar menukar perabot dan hiasan rumah, rotan berwarna natural adalah pilihan yang paling tepat. Ini kerana warna natural memudahkan anda menukar cat berwarna lain selepas beberapa bulan menggunaka­nnya. Cara ini dapat menjimatka­n wang.

Info Manau:

Spesies rotan paling besar dan saiznya boleh mencecah 20 hingga 30 milimeter (mm) lilit. Rotan ini sesuai digunakan untuk membuat perabot kerana lembut dan mudah dilenturka­n.

Mantang:

Mempunyai saiz ukur lilit 10 hingga 15mm. Rotan jenis ini digunakan untuk membuat produk kraf bersaiz besar ataupun anyaman kerana lebih liat dan keras.

Segamas:

Bersaiz 10mm ukur lilit. Rotan jenis ini paling baik dipilih sebagai bahan untuk anyaman. Maklumat lanjut sila layari www.kraftangan.gov. my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia