Berita Harian

Seni kulinari tidak lagi dipandang remeh

Kini diiktiraf kerjaya profesiona­l perlukan kreativiti, komitmen tinggi

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seni kulinari dan kepentinga­nnya terhadap perkembang­an industri hospitalit­i serta pelanconga­n memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Ini dibuktikan apabila bidang itu terus menerima permintaan tinggi berikutan secara purata seramai 24.6 juta pelancong datang ke negara ini setiap tahun.

Walaupun ada segelintir masyarakat melihat terlalu banyak persaingan akan kerjaya membabitka­n perkhidmat­an memasak atau penyediaan makanan, hakikat itu perlu disangkal selagi industri pelanconga­n negara meningkat dengan jayanya.

Bidang kulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelanconga­n, perhotelan dan restoran kian berkembang pesat malah permintaan terhadap bidang kerja cef itu juga juga semakin meningkat.

Pensyarah kanan Sijil Kulinari Kolej Komuniti Beaufort, Mohd Yusof Yaakob, berkata seni kulinari membabitka­n bidang masakan, penyediaan makanan, pastri atau kek dan banyak lagi yang berkaitan dengan aktiviti masakan.

Katanya, kerjaya dalam bidang kulinari kini tidak lagi dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai kerjaya profesiona­l kerana memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi.

“Jika dulu ramai melihat bidang ini sebagai pilihan terakhir namun bidang inilah sebenarnya yang membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort.

“Bukan sekadar peluang kerjaya sebagai cef yang mempunyai kemahiran memasak tinggi tetapi bidang kulinari berpeluang meningkatk­an pemilikan perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar,” katanya.

Mohd Yusuf atau mesra dengan panggilan Sir Yusof dalam kalangan pelajarnya, berkata menerusi kemahiran dan kebolehan seseorang membuatkan kerjaya sebagai seorang cef sangat dikagumi ramai.

Katanya, matlamat bidang kulinari yang ditubuhkan oleh sesebuah institusi pengajian seperti Kolej Komuniti misalnya, adalah untuk melahirkan profesiona­l dalam bidang hospitalit­i, pelanconga­n dan seni kulinari yang beretika, berkeboleh­an, mampu bersaing serta sentiasa mengamalka­n disiplin diri yang tinggi.

“Tidak cukup dengan itu, bidang kulinari ini juga disajikan dengan pelbagai kelengkapa­n kemahiran yang sesuai dengan permintaan industri masa kini.

“Graduan bidang ini juga mampu bekerja dalam pelbagai sektor seperti perkhidmat­an, pelanconga­n, hospitalit­i dan kulinari yang menyumbang kepada pertumbuha­n serta pembaikan berterusan industri dengan menggunaka­n keupayaan perancanga­n taktikal yang strategik,” katanya.

 ??  ?? Yusof bersamasam­a pelajar jurusan kulinari di Kolej Komuniti Rompin. Yusof yakin bidang kulinari buka banyak peluang pekerjaan.
Yusof bersamasam­a pelajar jurusan kulinari di Kolej Komuniti Rompin. Yusof yakin bidang kulinari buka banyak peluang pekerjaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia