Berita Harian

UPSI, Go Coach jalin kerjasama strategik

-

Tanjung Malim: Perkembang­an pelbagai sektor yang semakin pesat ketika ini menyebabka­n corak pembanguna­n negara lebih bersifat global sekali gus mencetuska­n persaingan dalam dunia kerjaya.

Dalam usaha memimpin mahasiswa mendepani cabaran baharu dunia pendidikan mahupun pekerjaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama pintar dengan Go Coach Global Sdn Bhd (Go Coach), di sini, baru-baru ini.

Kerjasama strategik itu, bertujuan membantu menghubung­kan atlet sukan dengan jurulatih sukan berkualiti melalui laman sesawangny­a bagi menghasilk­an pengalaman kejurulati­han yang berkesan kepada pemain sukan.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata UPSI sentiasa menggalakk­an mahasiswan­ya mempunyai nilai tambah dan melalui kerjasama itu, Go Coach menawarkan peluang kepada mereka mendapatka­n sijil untuk menjadi jurulatih sukan.

“Langkah ini secara langsung dapat membantu penuntut UPSI menjana pendapatan melalui kursus kejurulati­han bersama-sama Go Coach.

“Walaupun pelajar tidak bekerja dalam bidang yang diceburi, sijil yang dimiliki kelak mampu membantu menjana pendapatan sampingan pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis menandatan­gani MOU itu, UPSI diwakili Prof Mohammad Shatar, manakala Go Coach oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Rashid Jamiran.

Sementara itu, Mohd Rashid berkata, kerjaya jurulatih sukan perlu dinaik taraf seperti kerjaya lain dengan memastikan semua jurulatih memiliki sekurang-kurangnya Kursus Sains Sukan (KSS) tahap satu dari Institut Sukan Negara (ISN).

Selain itu katanya, pihak Go Coach juga bakal menawarkan Apprentice Coach Programme (ACP) dalam kursus tertentu kepada jurulatih yang mendaftar di laman sesawang berkenaan.

“Jurulatih berdaftar tidak perlu risau untuk menguruska­n hal pembayaran kerana sudah ditetapkan di laman sesawang Go Coach.

“Mereka hanya perlu datang dan melatih pemain sukan sahaja dan pihak kami juga menawarkan keuntungan daripada 60 hingga 80 peratus kepada jurulatih berbeza melalui laman sesawang yang lain,” katanya.

 ??  ?? Prof Mohamad Shatar bertukar dokumen dengan Mohd Rashid pada majlis MOU antara UPSI dan Go Couch baru-baru ini.
Prof Mohamad Shatar bertukar dokumen dengan Mohd Rashid pada majlis MOU antara UPSI dan Go Couch baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia