Berita Harian

Baiki komputer riba jana pendapatan

Zakaria sediakan perkhidmat­an dengan bayaran berpatutan

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Serdang: Pengalaman menjalanka­n urusan jual beli sejak berusia 19 tahun ketika berada di kolej matrikulas­i banyak mengajar erti jatuh bangun kepada Zakaria Zakarsi, 24, untuk terus maju dalam bidang perniagaan.

Zakaria memilih untuk menjalanka­n perniagaan menyediaka­n perkhidmat­an membaiki komputer riba atau laptop yang sememangny­a menjadi peralatan utama pelajar universiti dalam menyiapkan tugasan masing-masing.

Pelajar jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, idea untuk menjalanka­n perniagaan memberi perkhidmat­an itu didorong dengan tabiat suka membantu dengan menyediaka­n perkhidamb­ilan

matan yang rata-rata amat diperlukan oleh rakan universiti sepanjang bergelar pelajar.

“Komputer riba amat sinonim dengan pelajar universiti kerana kami menggunaka­n

nya sebagai alat untuk tempat menyiapkan tugasan namun apakah perasaan seseorang jika komputer mereka rosak atau mengalami masalah yang perlu diperbaiki dengan keadaan segera?.

“Oleh itu, dengan kepakaran dan minat, saya membuka sebuah perniagaan yang dinamakan TECHOUZ yang menjanjika­n perkhidmat­an memperbaik­i masalah komputer riba pelanggan,” katanya kepada BH Varsiti.

Ditanya mengapa memilih perniagaan perkhidmat­an seperti ini, Zakaria berkata, dorongan suka bergaul dan melihat orang sekeliling gembira, menggerakk­an hatinya untuk membantu dalam menyediaka­n perkhidmat­an memperbaik­i komputer di kampus.

“Apabila saya memberi servis kepada pelanggan, saya memegang kepada tiga perkara utama ini iaitu menyelesai­kan masalah komputer riba dan komputer pelanggan dengan pantas serta harga berpatutan.

“Selain itu, servis sepantas dua hari dan bagi mereka yang berada di sekitar kampus, tiada caj bayaran dikenakan bagi perkhidmat­an mengambil atau menghantar komputer riba masing-masing ke kolej kediaman.

“Tiga elemen utama dalam perkhidmat­an TECHOUZ itu menjadi keutamaan saya dan kini bergerak bersama-sama rakan lain bagi memajukan lagi perniagaan ini,” katanya.

Turut berkongsi dorongan ain, Zakaria mengakui keluargany­a menjadi pendorong kuat kepada anak muda itu selain mahu mengubah nasib.

“Saya bukan datang daripada keluarga yang berada namun tetap bersyukur kerana sebagai anak orang kampung saya mahu mengubah nasib keluarga sejak saya bersekolah lagi.

“Seperti saya kongsikan pengalaman menjual macam-macam barang sejak di kolej matrikulas­i, saya tidak terlepas menghadapi pelbagai cabaran antaranya berdepan dengan masalah aliran tunai atau cash flow yang nampak untung besar pada asalnya sebenarnya sehingga sekarang saya tidak tahu ke mana pergi duit itu.

“Pentingnya di sini penjagaan dan ilmu untuk aliran tunai jika seseorang itu mahu menjalanka­n perniagaan yang stabil,” katanya yang turut menasihatk­an anak muda untuk banyakkan membaca dan menuntut ilmu dalam bidang perniagaan.

 ??  ??
 ??  ?? Zakaria terima maklum balas positif pelanggann­ya yang mendapatka­n perkhidmat­an baiki komputer riba.
Zakaria terima maklum balas positif pelanggann­ya yang mendapatka­n perkhidmat­an baiki komputer riba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia