Berita Harian

Sentuhan Kasih@jpt2019 dekati pelajar B40

-

Kuala Berang: Buat julung kalinya Program Sentuhan Kasih@ JPT 2019 anjuran bersama Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan universiti awam (UA) diadakan di sembilan lokasi seluruh negara bagi mendekati pelajar dari kumpulan B40.

Program Sentuhan Kasih Zon Pantai Timur yang diadakan baru-baru ini, adalah lokasi kedua selepas program seumpama diadakan di Semporna, Sabah.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selaku tuan rumah berganding bahu bersama-sama JPN Terengganu dan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS) dalam menjayakan program itu bagi zon Pantai Timur.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMT , Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata HUTECS terpilih sebagai tuan rumah program itu berdasarka­n lokasi yang strategik di Hulu Terengganu memandangk­an program itu menyasarka­n pelajar daripada kumpulan B40, selain HUTECS adalah sekolah angkat UMT.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih jelas mengenai dasar kemasukan, syarat kemasukan, kaedah permohonan dan proses pemilihan pengambila­n kepada pelajar bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm)/setaraf dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM)/ setaraf dari kalangan masyarakat luar bandar terutama anakanak kumpulan B40 di daerah ini yang bakal menduduki peperiksaa­n dan sedang menunggu keputusan peperiksaa­n.

“Program itu juga bertujuan untuk mempromosi dan menyebarlu­askan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baharu yang ditawarkan oleh UA, politeknik, kolej komuniti, institusi latihan kemahiran awam (ILKA) dan institusi lain bagi sesi akademik 2020/2021,” katanya.

Beliau berkata, penjelasan lain turut membabitka­n proses bagi pembelajar­an jarak jauh, pembelajar­an secara separuh masa serta pembelajar­an melalui kursus pendek.

Katanya, program itu mampu memupuk kesedaran masyarakat mengenai institusi yang menawarkan program pembelajar­an sepanjang hayat (PSH) dengan kaedah pembelajar­an yang berbeza daripada kaedah pendidikan formal.

“Calon yang mempunyai pengalaman kerja dan ingin melanjutka­n pelajaran melalui program PSH juga akan diberi penerangan mengenai Pengakredi­tan Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Malah program ini mampu mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pemohon dan masyarakat B40 mengenai pelaksanaa­n permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA melalui Upuonline (http://upu.moe.gov. my),” katanya.

 ??  ?? Prof Noor Azuan beramah mesra dengan sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis Sentuhan Kasih@ JPT, baru-baru ini.
Prof Noor Azuan beramah mesra dengan sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis Sentuhan Kasih@ JPT, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia