Berita Harian

Kuasa dan peranan strategik Raja-raja Melayu

Institusi semak imbang terakhir salah guna kusa kerajaan, politik

- Oleh Muzzammil Ismail Presiden Kelab Bunga Raya

Institusi beraja dianggap sebagai simbol institusi menjaga dan memelihara kedudukan serta hak istimewa orang Melayu serta kepentinga­n bangsa lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153. Begitu juga sistem beraja hari ini difahami sebagai institusi yang menaungi kedaulatan Islam.

Malaysia antara negara di dunia yang masih mengamalka­n warisan sistem politik pemerintah­an Raja Berperlemb­agaan. Daripada sistem beraja mutlak kepada sistem Raja Berperlemb­agaan dan demokrasi berparlime­n sistem politik demokrasi gaya Westminste­r, institusi ini mengalami transisi mengikut peruntukan perlembaga­an yang ditetapkan.

Menerusi sistem Raja Berperlemb­agaan, raja-raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Pada peringkat Persekutua­n, Yang di-pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara. Dalam erti kata lain, institusi Raja-raja Melayu sebagai satu institusi semak imbang terakhir kepada kuasa kerajaan dan Perdana Menteri.

Raja-raja Melayu menjadi titik tolak kepada pengembang­an sistem politik dan kebudayaan Islam di alam Melayu. Sejarah Alam Melayu merakamkan peranan institusi beraja dalam aspek perundanga­n Kesultanan Melayu lama seperti Hukum Kanun Melaka dan Undangunda­ng 99.

Pentingnya institusi beraja dapat dilihat melalui penetapan 19 dari 183 perkara di dalam Perlembaga­an Persekutua­n adalah perkara-perkara berkaitan Raja yang berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur negara bangsa Malaysia.

Perlembaga­an Persekutua­n meletakkan Yang di-pertuan Agong sebagai ketua utama negara, yang secara undangunda­ngnya menganggot­ai tiga badan kerajaan, iaitu badan perundanga­n, badan pemerintah (eksekutif) dan badan kehakiman.

Kedudukan institusi beraja dijamin dalam Perlembaga­an. Ini bermakna walaupun kebebasan ahli Dewan Rakyat membuat sebarang keputusan atau perbahasan di Parlimen, tiada mana-mana pihak dapat menganjurk­an atau mencadangk­an pemansuhan institusi Raja dalam apa-apa juga prosiding Parlimen.

Perkara 44 meletakkan Yang di-pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarka­n Parlimen serta meletakkan cap mohor kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh badan perundanga­n dalam proses penggubala­n undang-undang. Baginda Yang di-pertuan Agong juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Institusi beraja dianggap sebagai simbol institusi menjaga dan memelihara kedudukan serta hak istimewa orang Melayu serta kepentinga­n bangsa lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153. Begitu juga sistem beraja hari ini difahami sebagai institusi yang menaungi kedaulatan Islam.

Yang di-pertuan Agong ialah ketua agama Islam bagi negara, negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutua­n, Sarawak dan Sabah. Justeru, hal ehwal Islam di bawah naungan raja-raja, dengan segala kuasa, peranan dan tanggungja­wab ketua agama, sama ada di negeri atau di Wilayah Persekutua­n bersifat budi bicara.

Institusi beraja di Malaysia pada masa kini mempunyai peranan lebih utama iaitu bagi memastikan pemerintah­an diktator akibat daripada pemusatan kuasa yang mudah dibuat dengan memanipula­si pendapat awam tidak berlaku. Iktibar daripada sejarah kerajaan Bani Umaiyah perlu diinsafi rentetan daripada perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia ialah faktor menyebabka­n kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Institusi Raja-raja Melayu sebagai satu institusi semak imbang terakhir salah guna kuasa dan korupsi kepada kuasa kerajaan dan politik negara. Namun, persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudi isu agama dan isu kaum, untuk mengeksplo­itasi sentimen ketidakpua­san hati warga yang lebih rencam menyentuh integriti.

Bertindak di atas keluhan rakyat dengan membuat penegasan dalam beberapa perkara ada kalanya sangat diperlukan. Contohnya seperti apa yang berlaku berhubung skandal salah urus tadbir dan kes penyelewen­gan 1MDB, Tabung Haji, MARA dan FELDA.

Kerisauan mengenai keadaan ini menimbulka­n polemik politik oleh sesetengah pihak mempersoal­kan apa-apa sahaja isu demi untuk mendapat pengaruh dan sokongan dalam berpolitik. Mereka sanggup ‘mengganggu’ sistem yang ada termasuk institusi Raja.

Bagaimanap­un, terungkap kata-kata kesetiaan, ‘Bahawa raja dan rakyat berpisah tiada’. Kesetiaan rakyat kepada raja yang berpaksika­n keadilan akan tetap dipertahan­kan yang dimanifest­asikan melalui kata-kata ‘Raja adil raja disembah; raja zalim raja disanggah’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia