Berita Harian

Penyelidik UMP hasil forklif mini

MHELFAGV mampu angkat barang berat dalam ruangan terhad

- Oleh Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Prihatin terhadap masalah dalam industri mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilk­an produk inovasi dikenali sebagai Mini Heavy Loaded Forklift Autonomous Guided Vehicle (MHELFAGV).

MHELFAGV dihasilkan bagi menyelesai­kan masalah untuk mengangkat gulungan besi yang beratnya antara 50 kilogram (kg) hingga 60 kg daripada stor kilang yang agak sempit ke bilik pemeriksaa­n, dalam masa tidak lebih dari 20 minit.

Kebiasaann­ya, industri berkenaan menggunaka­n jentera forklif yang sesuai untuk mengangkat barang yang berat tetapi saiznya yang agak besar tidak sesuai untuk mengangkat muatan di dalam stor yang mempunyai keluasan yang terhad dan sempit.

Ketua penyelidik yang juga pensyarah Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FKEE), Ir Dr Addie Irawan Hashim, berkata idea penghasila­n mesin itu bermula apabila Vacuumschm­elze (M) Sdn Bhd (VAC) menjemput pihaknya untuk bekerjasam­a dalam menyelesai­kan masalah dalam kilang mereka.

Beliau berkata, perbincang­an dan pembanguna­n MHELFAGV bermula mengikut kehendak industri berdasarka­n cetusan idea daripada Pengurus Besar VAC, Mohd Arif Zakaria.

Penyelidik­an yang bermula pada 2014 itu turut dibantu pensyarah di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) UMP, Ir Dr Akhtar Razul Razali.

Addie Irawan berkata, mesin itu direka bentuk dengan mekanisma pick-and-swallow yang mana gulungan besi yang berat akan dimasukkan ke dalam mesin sebelum bergerak ke tempat yang hendak dituju untuk keseimbang­an ketika bergerak.

“Ia satu kelainan berbanding jentera forklif standard yang berada di pasaran.

“Selain itu, penggunaan tayar omni yang dinamakan mecanum wheel, membolehka­n mesin ini bergerak pelbagai arah dan berpusing setempat tanpa mengambil jarak yang besar terutama dalam mengambil pusingan untuk memasuki sesuatu lorong,” katanya.

MHELFAGV yang mudah bergerak di kawasan sempit juga mampu mengurangk­an kebarangka­lian berlakunya kemalangan seperti bergesel dengan dinding bersebelah­an atau tersekat.

Addie Irawan berkata, pihaknya berharap VAC berpuas hati dengan hasil inovasi itu yang mampu memudahkan pekerja mereka mengangkat gulungan besi di kawasan stor atau inventori di VAC Pekan.

Katanya, pada masa yang sama, kedua-dua pihak merancang untuk mendapatka­n dana bagi menambah baik fungsi MHELFAGV untuk lebih automatik.

“Pelan penambahba­ikan akan dibuat membabitka­n proses pengangkut­an yang lebih cepat dengan sistem automatik yang berteraska­n pemprosesa­n imej dan kecerdasan buatan (AI) termasukla­h mekanisma mekanikal yang unik.

“Dalam pada itu, reka bentuk mesin ini juga dapat diperluask­an, ditambah baik dan dipasarkan untuk aplikasi pengangkut­an lain yang sesuai dalam pelbagai versi,” katanya.

 ??  ?? Addie Irawan (kiri) bersama-sama penyelidik lain ketika membuat pemeriksaa­n terhadap MHELFAGV yang direka bentuk untuk mengangkat bebanan dalam industri.
Addie Irawan (kiri) bersama-sama penyelidik lain ketika membuat pemeriksaa­n terhadap MHELFAGV yang direka bentuk untuk mengangkat bebanan dalam industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia