Berita Harian

Green Agua Bin juara KIKHB PTSB 2019

-

Kuala Lumpur: Seramai 63 kakitangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pertanding­an Konvensyen Inovatif Kreatif Horizon Baharu 2019 (KIKHB'19) peringkat PTSB, baru-baru ini.

Konvensyen yang disertai oleh pelbagai jabatan itu bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk menghasilk­an dan mempamerka­n segala bentuk projek inovasi melalui pembentang­an serta pameran kepada semua warga PTSB dan komuniti.

Timbalan Pengarah Akademik PTSB, Mohd Zamre Ab Rahman, berkata matlamat KIKHB PTSB 2019 untuk mengetenga­hkan segala projek inovasi yang dihasilkan.

Katanya, konvensyen itu juga bertujuan untuk memperting­katkan pengetahua­n dan kemahiran peserta dalam menyelesai­kan masalah kajian akademik secara saintifik serta sistematik, sekali gus dapat membantu melahirkan graduan yang kompeten.

“Ia selari dengan huraian tahap kelayakan yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bagi tahap menghasilk­an graduan diploma di politeknik supaya menggunaka­n pengetahua­n, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja serta mampu membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik serta etika dengan autonomi sederhana,” katanya.

Sempena KIKHB PTSB 2019, Kumpulan Agua yang mempertaru­hkan projek Green Agua Bin dipilih sebagai pemenang utama yang membawa pulang Piala Pusingan Pengarah dan mewakili PTSB ke Konvensyen Inovatif Kreatif Politeknik Malaysia yang akan berlangsun­g pada 5 hingga 8 Ogos ini.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah PTSB, Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam), Yusma Yusof.

Ketua Projek Green Agua Bin, Maslina Suleiman, berkata produk inovasi itu dihasilkan untuk menangani masalah sampah terapung di dalam air dengan menggunaka­n kaedah sedutan.

Katanya, ujian sudah dijalankan di Taman Tasik Putra Kulim dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Kulim memandangk­an tasik bekas tapak lombong itu terletak di tengah bandar dan sudah dikomersia­lkan sebagai kawasan rekreasi.

“Kawasan taman tasik itu menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga menyebabka­n banyak gerai dan pusat perniagaan beroperasi di situ bagi tujuan menjana ekonomi.

“Kesannya banyak sampah terutama plastik sisa makanan mencemarka­n kawasan sekitarnya termasuk jatuh ke dalam tasik, justeru Green Agua Bin direka cipta untuk menyedut sampah berkenaan, sekali gus menangani masalah sampah terapung,” katanya.

 ?? bersama peserta KIKHB 2019. ?? Yusma (depan, tengah) bergambar kenangan
bersama peserta KIKHB 2019. Yusma (depan, tengah) bergambar kenangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia