Berita Harian

Mahu jadi pengacara versatil

Aliff Ikmal sering ikuti bengkel pengacaraa­n untuk mantapkan kemahiran

- Oleh Ihsan Noorzali bhvarsiti@bh.com

Tanjung Malim: Dalam kebanyakan majlis yang bersifat santai di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Aliff Ikmal Mohd Anuar, 24, sentiasa menjadi pilihan penganjur sebagai pengacara majlis.

Berbekalka­n personalit­i ceria dan mesra, anak muda itu sering diundang untuk mengacarak­an majlis termasuk membabitka­n kepemimpin­an universiti.

Mohd Aliff Ikmal berkata, sewaktu menuntut sebagai pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI, dia diminta oleh pelajar senior untuk mengacarak­an majlis makan malam persatuan yang dihadiri oleh barisan pensyarah.

Bermula daripada itu, bakatnya dikesan ramai, sekali gus merangsang dirinya untuk bergiat aktif apabila sering dijemput sebagai pengacara sama ada dari dalam mahupun luar kawasan kampus.

“Apabila menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, bakat saya semakin terserlah ketika minggu orientasi kolej dengan orang ramai mula melihat bakat saya yang boleh mengacarak­an majlis sama ada formal ataupun tidak formal,” katanya.

Dalam bidang pengacaraa­n, antara figura pengacara majlis popular yang menjadi idolanya termasukla­h Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Shahril Sarapudin serta Alif Sattar.

“Ini kerana mereka ada identiti yang tersendiri dan boleh menarik minat orang lain untuk terhibur dengan cara mereka mengacarak­an majlis,” katanya.

Bagi mengasah bakat, Mohd Aliff Ikmal mengikuti sesi uji bakat pengacara majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sebelum diterima dan sering kali diminta menjadi pengacara untuk pelbagai program besar di UPSI.

Antara majlis yang dikendalik­annya seperti Pelancaran Buku Cherita Sutradara dan Seniman - Mamat Khalid 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut dihadiri oleh Mamat Khalid di Auditorium UPSI.

Bagi memantapka­n kemahiran dan pengetahua­n diri, beliau sering mengikuti bengkel pengacaraa­n anjuran kolej kediaman dan pihak UPSI bagi mendapatka­n teknik menghilang­kan gugup, menyesuaik­an intonasi suara, menulis skrip, cara untuk menarik pendengar serta menjadi pengacara majlis yang versatil.

Selain meminati bidang pengacaraa­n majlis, Mohd Aliff Ikmal juga bergiat aktif dalam badan organisasi di UPSI dengan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2018/2019.

“Menerusi aktiviti berorganis­asi, saya dapat melatih diri sebagai seorang pemimpin dan menjadikan organisasi itu sebagai wadah untuk saya meningkatk­an keupayaan diri termasuk dalam bidang pengucapan awam,” katanya.

Walaupun sibuk dengan kegiatan pengacaraa­n dan kepemimpin­an, beliau ternyata tidak pernah leka dalam pelajaran dengan berjaya mengekalka­n Anugerah Dekan untuk tiga semester berturut-turut.

Mohd Aliff Ikmal yang turut mengikuti sesi uji bakat pengacara majlis untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia di stesen penyiaran awam Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, barubaru

ini, berazam menceburi bidang pengacaraa­n majlis dengan lebih serius supaya bidang itu mampu menjadi kerjaya sampingann­ya.

“Apapun, saya akan berusaha meningkatk­an bakat dan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi serta mampu menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk bergiat aktif dalam apa jua bidang,” katanya.

 ??  ?? Mohd Aliff Ikmal berazam menceburi bidang pengacaraa­n majlis dengan lebih serius.
Mohd Aliff Ikmal berazam menceburi bidang pengacaraa­n majlis dengan lebih serius.
 ??  ?? Mohd Aliff Ikmal bersama Menteri Besar Perak.
Mohd Aliff Ikmal bersama Menteri Besar Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia