Berita Harian

Sumbangan PKS kepada KDNK naik 38.3 peratus

Prestasi 2018 tertinggi sejak pembanguna­n Pelan Induk PKS dilancar

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Sumbangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak RM521.7 bilion atau 38.3 peratus tahun lalu, berbanding RM491.2 bilion iaitu 37.8 peratus pada 2017.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataann­ya berkata, ia adalah sumbangan tertinggi sejak pembanguna­n Pelan Induk PKS (2012-2020).

KDNK PKS Malaysia bagi 2018 bagaimanap­un berkembang pada kadar lebih perlahan pada 6.2 peratus berbanding 7.1 peratus pada 2017.

Prestasi ini mengatasi pertumbuha­n KDNK Malaysia dan pertumbuha­n sektor bukan PKS yang masing-masing mencatatka­n pertumbuha­n 4.7 peratus dan 3.8 peratus.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata nilai ditambah PKS bagi sektor perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n 8.1 peratus berbanding 7.2 peratus pada 2017.

Katanya, momentum pertumbuha­n ini dipacu oleh subsektor perdaganga­n borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan yang bertumbuh kepada 8.6 peratus.

“Subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmat­an perniagaan yang meningkat kepada 7.6 peratus juga telah menyokong momentum pertumbuha­n berkenaan,” katanya.

Bagi sektor pembuatan, nilai ditambah PKS berkembang sebanyak 5.5 peratus tahun lalu, lebih perlahan berbanding 6.8 yang dicatatkan tahun sebelumnya, dipacu produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

Eksport PKS turut menunjukka­n daya tahan yang kukuh apabila mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 3.4 peratus pada 2018 berbanding 7.2 peratus pada 2017, dengan pertumbuha­n syarikat besar perlahan dengan ketara sebanyak 3.6 peratus pada tahun lalu berbanding 17 peratus sebelumnya.

Nilai eksport PKS meningkat kepada RM171.9 bilion pada 2018 daripada RM166.2 bilion pada 2017, manakala sumbangan kepada eksport keseluruha­n kekal pada 17.3 peratus.

Sementara itu, SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) dalam kenyataann­ya berkata, prestasi berkenaan menunjukka­n PKS kini dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020 sejajar Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030) yang dilancarka­n Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan baru-baru ini.

“PKS mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 6.2 peratus pada 2018 meningkat berbanding purata pertumbuha­n jangka panjangnya sebanyak enam peratus antara 2001 hingga 2017,” katanya.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Subsektor perdaganga­n borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan pemacu pertumbuha­n, tahun lalu.
(Foto Hiasan) Subsektor perdaganga­n borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan pemacu pertumbuha­n, tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia