Berita Harian

Cleanpro Express sedia pembayaran tanpa sentuh

Rangkaian dobi layan diri, Visa jalin kerjasama

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Visa bekerjasam­a dengan Cleanpro Express untuk menawarkan pembayaran tanpa sentuh kepada pelanggan rangkaian dobi itu.

Pengurus Visa Negara bagi Malaysia, Ng Kong Boon, berkata kerjasama yang menjadikan Cleanpro Express rangkaian dobi pertama Asia Tenggara menawarkan perkhidmat­an sedemikian, adalah satu komitmen berterusan Visa untuk mengukuhka­n kedudukan di Malaysia.

“Pembayaran itu dapat membantu rakyat Malaysia menjalani proses lebih lancar dan pantas tanpa perlu menyediaka­n wang tunai.

“Inisiatif itu juga sejajar dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatk­an jumlah terminal pembayaran tanpa sentuh di Malaysia, selain mendidik komuniti tanpa tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kerjasama Visa dengan rakan niaga terbarunya, Cleanpro Express yang juga perintis industri dobi layan diri Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Bermula semalam, pengguna boleh menggunaka­n pembayaran tanpa sentuh di 300 cawangan dobi Cleanpro Express seluruh Malaysia termasuk cawangan Aladin Dobi dan Ibu Sayang.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cleanpro Laundry Holdings Sdn Bhd, Goh Sen Kiat.

Sementara itu, Kong Boon berkata, Visa menyasarka­n kira-kira 70 peratus perkhidmat­an pembayaran tanpa sentuh akan dilaksanak­an di semua terminal pembayaran seluruh Malaysia menjelang tahun depan.

Beliau berkata, pada masa ini, pembayaran tanpa sentuh menunjukka­n pertumbuha­n sangat kukuh di Malaysia.

“Perkhidmat­an berkenaan menunjukka­n prestasi sangat memberangs­angkan di negara ini dengan mencatatka­n lebih tujuh juta transaksi dalam tempoh sebulan.

“Ketika ini juga ada kira-kira 1,000 peniaga menggunaka­n pembayaran tanpa sentuh Visa dengan hampir 300,00 terminal pembayaran menerima pakai kaedah pembayaran terbabit di pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, sejumlah lebih 30 juta pemegang kad visa di seluruh Malaysia dengan 70 peratus daripadany­a adalah pemegang kad debit.

 ?? (Foto Owee Ah Chun /BH) ?? Kong Boon (dua dari kanan) dan Sen Kiat (dua dari kiri) pada majlis kerjasama Visa dengan Cleanpro Express di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Owee Ah Chun /BH) Kong Boon (dua dari kanan) dan Sen Kiat (dua dari kiri) pada majlis kerjasama Visa dengan Cleanpro Express di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia