Berita Harian

Keuntungan suku kedua Samsung susut 56 peratus

Perniagaan cip memori catat kejatuhan ketara

- Bisnes Dunia

Seoul: Samsung Electronic­s Co Ltd mencatatka­n penyusutan 56 peratus dalam keuntungan operasi suku kewangan kedua disebabkan, terutama oleh penurunan harga cip memori di tengah-tengah lebihan penawaran di pasaran.

Ia mencatat keuntungan operasi 6.6 trilion won (AS$5.6 bilion) pada suku dikaji, sejajar 6.5 trilion won yang dianggarka­n syarikat itu awal bulan ini.

Industri cip memori yang bersifat kitaran itu, kini berhadapan kelembapan permintaan selepas dua tahun melonjak, ketika mana permintaan yang semakin perlahan terhadap peranti seperti telefon pintar menarik turun harga cip.

Gergasi cip Korea itu juga berhadapan sekatan Jepun berhubung eksport bahan-bahan utama, persengket­aan diplomatik terkini antara Seoul dan Tokyo yang berkait isu buruh paksa sewaktu perang dunia sebelum ini.

Samsung dalam satu kenyataan berkata, permintaan cip memori dijangka berkembang pada separuh kedua, disokong pembelian oleh pelanggan pelayan DRAM.

Minggu lalu, pesaing cip Korea Selatan, SK Hynix berkata, ia akan mengurangk­an pelaburan dan pengeluara­n bagi mempercepa­tkan pemulihan dalam permintaan cip.

Perniagaan cip itu kekal penyumbang pendapatan utama kepada Samsung tetapi ia dilaporkan

Perniagaan mudah alih mencatatka­n keuntungan 1.6 trilion won dalam suku dikaji, turun 42 peratus berbanding tahun lalu. Kenyataan Samsung

mencatat kejatuhan ketara 71 peratus kepada 3.4 trilion won dalam keuntungan operasi, daripada 11.6 trilion won tempoh sama tahun lalu.

“Perniagaan mudah alih mencatatka­n keuntungan 1.6 trilion won dalam suku dikaji, turun 42 peratus berbanding tahun lalu,” kata Samsung.

Ia ditarik turun jualan perlahan model-model utama dan perbelanja­an pemasaran yang meningkat.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Samsung catat untung operasi AS$5.6 bilion pada suku kewangan kedua.
(Foto Hiasan) Samsung catat untung operasi AS$5.6 bilion pada suku kewangan kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia