Berita Harian

Jualan iphone terendah dalam tujuh tahun

-

San Francisco: Apple Inc mencatat kemerosota­n ketara dalam jualan iphone, yang terendah dalam tempoh tujuh tahun.

Pada peringkat global, jualan iphone pada suku kewangan ketiga susut 12 peratus kepada AS$25.99 bilion, selepas turun 17 peratus pada suku sebelumnya, menyamai jangkaan Wall Street.

Bagaimanap­un, pendapatan segmen perkhidmat­an meningkat 12.6 peratus kepada AS$11.46 bilion, sedikit tersasar daripada jangkaan tetapi mengekalka­n rekod tertinggi baharu.

Apple berkata, ia menjangkak­an pendapatan bagi suku kewangan keempat antara AS$61 bilion dan AS$64 bilion, berbanding anggaran penganalis­is sebanyak AS$61.02 bilion.

Pada suku kewangan ketiga berakhir 30 Jun 2019, Apple melaporkan kenaikan pendapatan satu peratus kepada AS$53.8 bilion dan penyusutan pendapatan sesaham tujuh peratus kepada AS$2.18, berbanding jangkaan pendapatan AS$53.39 bilion dan pendapatan sesaham AS$2.10, demikian menurut data Refinitiv.

Ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China memperlaha­nkan pertumbuha­n ekonomi di China, pasaran utama Apple.

Ia mengurangk­an harga iphone di China awal tahun ini selepas kadar tukaran mata wang menjadikan telefonnya terlalu mahal untuk kebanyakan pengguna China.

Penguasaan pasaran Apple di China susut kepada 5.8 peratus daripada 6.4 peratus, demikian menurut firma penyelidik­an pasaran Canalys.

Ia sebahagian­nya kerana saingan telefon pintar Huawei Technologi­es Co Ltd yang mengukuhka­n penguasaan pasaran untuk muncul jenama telefon bimbit terunggul di negara itu. Reuters

 ?? (Foto Hiasan) ?? Pada peringkat global, jualan iphone pada suku kewangan ketiga susut 12 peratus kepada AS$25.99 bilion.
(Foto Hiasan) Pada peringkat global, jualan iphone pada suku kewangan ketiga susut 12 peratus kepada AS$25.99 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia