Berita Harian

Platform terbaik promosi Perak

Ekspo bawa pembanguna­n kepada rakyat, buka peluang pekerjaan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Petaling Jaya: Ekspo Antarabang­sa Perak 2019 (PIEX 2019) yang akan berlangsun­g pada November depan, bakal menjadi platform terbaik mempromosi negeri itu sebagai pilihan terbaik rakan dagang dan pelaburan peringkat domestik serta antarabang­sa.

PIEX 2019 yang dijadual berlangsun­g empat hari bermula 14 November, akan berlangsun­g di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Pelaburan dan Pembanguna­n Wilayah negeri, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata ekspo itu juga menjadi medan untuk memasarkan dan mempromosi produk tempatan serta pelanconga­n negeri ke pentas antarabang­sa, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat Perak.

Katanya, ekspo itu yang julung kali diadakan, adalah acara terbesar pernah kerajaan negeri adakan dengan merangkumi empat program utama.

Program terbabit yang diadakan secara serentak iaitu pameran niaga, Dialog Pembanguna­n Antarabang­sa Pangkor (Dialog Pangkor), Festival Perak dan Pertunjuka­n Kebanggaan Perak (POP).

“Ekspo ini diharap akan memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta penduduk Perak dengan membuka peluang pekerjaan dan pembanguna­n kepada mereka.

“Ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri. Kami juga akan mempromosi Perak sebagai destinasi pelanconga­n kepada negeri jiran.

“Perak memiliki banyak produk pelanconga­n tetapi tidak dimajukan secara menyeluruh. Kami mahu menjadikan ekspo ini untuk memajukan dan meningkatk­an produk pelanconga­n di Perak,” katanya pada sidang media selepas prapelanca­ran PIEX 2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal PIEX 2019, Howard Lee Chuan How; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Zainal Azman Abu Seman; Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Perak (PCCCI) merangkap penganjur bersama PIEX 2019, Datuk Liew Sew Yee dan Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Yushaimi Maulud Yahaya.

Nizar berkata, penganjura­n ekspo itu juga bertujuan menarik lebih banyak pengusaha dan pemilik kilang industri dari China untuk melabur ke Malaysia, khususnya Perak bagi merangsang Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mahu lebih banyak syarikat dan kilang dari China beroperasi di negara ini dan kami memiliki kemudahan yang sesuai untuk mereka.

“Kemasukan konglomera­t dari China ini bukan saja akan memacu dan menguntung­kan ekonomi serta IR4.0 di Perak, bahkan ke seluruh negara,” katanya.

 ?? [Foto Rosdan Wahid/bh] ?? Nizar bersama barisan tetamu pada prapelanca­ran PIEX 2019 di Petaling Jaya, semalam.
[Foto Rosdan Wahid/bh] Nizar bersama barisan tetamu pada prapelanca­ran PIEX 2019 di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia