Berita Harian

Selangor rekod nilai pelaburan sektor perkilanga­n RM19.66B

-

Shah Alam: Selangor mencatat nilai pelaburan dalam sektor perkilanga­n kira-kira RM19.66 bilion bagi tempoh April 2018 sehingga Mac 2019.

EXCO Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim, berkata daripada jumlah itu, RM8.64 bilion adalah menerusi pelaburan tempatan, manakala pelaburan asing sebanyak RM11.02 bilion.

“Sebanyak 281 projek perkilanga­n diluluskan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh April 2018 hingga Mac 2019,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Imran Tamrin (Bn-sungai Panjang) yang ingin tahu nilai pelaburan di Selangor sejak Mei 2018.

Mohd Imran juga ingin tahu jumlah perbelanja­an oleh kerajaan negeri dalam usaha menarik pelabur ke negeri ini.

Mengulas lanjut, Chang Khim berkata, Invest Selangor mengeluark­an perbelanja­an bagi melaksanak­an program berkaitan pelaburan berjumlah RM20.59 juta, bagi tempoh Januari hingga Disember 2018 dan RM7.11 juta, bagi tempoh Januari hingga Jun 2019.

“Perbelanja­an ini bagi melaksanak­an program Internatio­nal Business Summit 2019, program pembanguna­n dan latihan usahawan dan misi pelaburan ke luar negara serta pembabitan pameran tempatan dan luar negara.

“Invest Selangor turut menganjurk­an program dialog bersama pelabur, lawatan kilang dan mengatur pertemuan dengan pelabur jika berlaku sebarang masalah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia