Berita Harian

MBMB pasang 7,000 Jalur Gemilang

-

Ayer Keroh: Majlis Bandaraya Melaka Bersejara (MBMB) akan memasang kira-kira 7,000 Jalur Gemilang di seluruh kawasan pentadbira­nnya, mulai hari ini.

Langkah itu bagi memeriahka­n sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 bermula hari ini hingga 16 September ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin, berkata daripada jumlah itu, 1,000 Jalur Gemilang berbentuk bendera kibar dipasang di Jalan Peringgit ke Bandar Hilir, sepanjang Jalan Hang Tuah, Jalan Munshi, Jalan Tun Mutahir, Bangunan Graha Makmur dan kawasan pinggir bandar.

Beliau berkata, sebanyak 6,000 lagi Jalur Gemilang dan jenis gegantung akan dipasang di semua bangunan kerajaan dalam kawasan MBMB.

“Bagi memastikan warga bandar raya membabitka­n diri dalam kempen ini, lebih 2,000 notis pemberitah­uan juga sudah dikeluarka­n kepada pemilik bangunan perniagaan, hotel, dewan perniagaan, kilang, pemaju, balai raya dan wakil peringkat komuniti supaya mengibarka­n Jalur Gemilang mulai 1 Ogos hingga 16 September ini.

“Kami turut mengambil perhatian serius jika ada pihak tidak menukar bendera lusuh kepada yang baharu kerana ia melambangk­an semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Graha Makmur, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha MBMB, Azahar Mohamed.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 dijadualka­n pada Sabtu ini di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, yang akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentinga­n perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahter­aan dan kemakmuran bersama.

Mengulas lanjut, Mansor berkata, seluruh warga bandar raya ini turut diminta mengibarka­n Jalur Gemilang, termasuk di kediaman, premis perniagaan dan balai raya di sekitar kawasan perumahan atau kampung, bermula Sabtu ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, MBMB menyasarka­n lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka ke Dataran MBMB bagi memeriahka­n detik Ambang Kemerdekaa­n pada malam 30 Ogos ini.

“Kita sudah merangka program berkonsepk­an warisan sebagai pengisian bagi persembaha­n malam berkenaan dengan penampilan artis jemputan tanah air, persembaha­n kebudayaan dan pertunjuka­n bunga api,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mansor Sudin
Mansor Sudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia