Berita Harian

Cipta sejarah baharu

Boboiboy Movie 2 bakal ditayangka­n serentak di lima negara bermula 8 Ogos

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Disempurna­kan hanya dalam tempoh 12 bulan, Boboiboy Movie 2 menjadi pencetus semangat kepada pasukan Animonsta Studios untuk menghasilk­an lebih banyak filem animasi pada masa akan datang.

Biarpun dihasilkan dalam masa singkat, mereka tidak berkomprom­i dalam soal kualiti, aspek penerbitan, plot, lakaran, watak dan perwatakan yang menjadi tonggak sesebuah produksi.

Pencapaian itu membuktika­n mereka mampu menerbitka­n lebih banyak filem animasi, namun tetap memenuhi piawaian antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, berkata aspek piawaian di atas par tidak pernah diambil mudah, walaupun tempoh penerbitan kali ini lebih singkat, berbanding produk sulung.

“Filem animasi pertama kami, Boboiboy The Movie yang ditayangka­n pada Mac 2016 mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Memang ada sedikit tekanan, terutama untuk memastikan penerbitan kali ini dapat disiapkan dengan lebih cepat, tetapi itu tidak bermakna ia dihasilkan secara tergesa-gesa.

“Segala perincian diambil kira bagi memastikan keseluruha­n filem ini dinaik taraf. Pengalaman lalu, selain kepakaran pereka antara faktor yang banyak membantu filem ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Boboiboy Movie 2 menjadi penanda aras kepada Animonsta untuk menerbitka­n antara empat hingga lima filem animasi dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Memang ada sedikit tekanan, terutama untuk memastikan penerbitan kali ini dapat disiapkan dengan lebih cepat, tetapi itu tidak bermakna ia dihasilkan secara tergesa-gesa. Nizam Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia