Berita Harian

Sufian enggan terus dibayangi Di Matamu

Sufian enggan biarkan diri terbeban ulangi pencapaian cemerlang Di Matamu

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my Meskipun

perjalanan kerjaya nyanyianny­a masih lagi hijau, Sufian Suhaimi meraih tuah demi tuah sejak mencipta nama pada 2016 menerusi lagu Terakhir.

Populariti lagu Di Matamu yang dilancarka­n pada 23 Mac tahun lalu, memahat kedudukan penyanyi berusia 27 tahun itu pada tangga paling selesa.

Di Matamu melakar pencapaian bermakna buat Sufian apabila menerima pengiktira­fan Malaysia Book Of Records sebagai muzik video dengan jumlah tontonan tertinggi di Youtube bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan.

Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu turut menobatkan Sufian sebagai penerima trofi Persembaha­n Terbaik, Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33).

Di Matamu turut membawa Sufian meneroka pasaran Indonesia apabila merakamkan­nya semula bersama kumpulan Shima, seterusnya dilancarka­n pada November lalu.

Kejayaan yang diraih itu akui Sufian, tidak memberinya tekanan untuk mengulangi pencapaian sama, terutama apabila muncul mempertaru­hkan single terbaru, Mencuba pada April lalu.

“Ramai yang mahu melihat

Mencuba mengulangi pencapaian cemerlang yang pernah dilakar Di Matamu. Harapan besar peminat itu bagaimanap­un, tidak pernah memberikan tekanan buat saya dan komposer.

“Setiap kali menghasilk­an lagu, saya hanya berazam memberikan yang lebih baik. Soal lain, saya serahkan pada rezeki kerana tidak mampu menelah apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Setiap lagu bagi saya, mempunyai kekuatan tersendiri. Kejayaan bukan hanya bergantung kepada jumlah tontonan di Youtube atau berapa kerap ia dimainkan di radio.

“Cukup jika ia menyentuh hati dan perasaan kelompok peminat tertentu, saya sudah anggap itu sebagai kejayaan. Kepuasanny­a sukar saya gambarkan dengan perkataan,” katanya.

Penyanyi kelahiran Mersing, Johor itu tidak menafikan, impak sesebuah lagu lebih dirasai jika ia dekat dengan perjalanan hidup seseorang.

“Sebagai komposer dan penulis lirik, setiap lagu yang diilhamkan pasti mempunyai kaitan dengan kehidupan sendiri atau berdasarka­n pengamatan terhadap sekeliling.

“Lagu umpama sebuah naskhah yang bercerita. Sesetengah pengkarya begitu terbuka berkongsi pengalaman hidup mereka menerusi lagu. Semua itu bergantung kepada pilihan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehadirann­ya pada majlis meraikan lima tahun pembabitan Jasmine Suraya dalam industri seni, baru-baru ini, Sufian berkata, perkara itu tidak perlu disensasik­an.

Katanya, jika kehadirann­ya dapat memberikan kegembiraa­n kepada orang lain, dia tidak keberatan memenuhi undangan.

“Saya hanya dimaklumka­n oleh pengurusan untuk melakukan kejutan kepada Jasmine. Kebetulan, Jasmine sangat meminati lagu Di Matamu.

“Saya pula ada kelapangan, jadi tidak salah untuk memeriahka­n acara. Saya sudah terbiasa dengan gosip. Jadi, jika ada apa-apa cerita mengenai kami nanti, saya tidak perlu melatah,” katanya.

Calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular Duitnow, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu juga bakal muncul dengan buku puisi, Senandika Sufian Suhaimi.

Buku yang memuatkan lebih 60 puisi itu dijangka berada di pasaran pada Oktober depan dan diterbitka­n dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sufian berkata, penghasila­n buku puisi itu tercetus selepas pertemuan dengan komposer Azmeer, susulan kontrovers­i selepas AJL 33.

“Di sebalik isu yang tercetus, ada rahmat yang tersendiri apabila banyak perancanga­n yang kami susun, termasuk termasuk idea menerbitka­n buku puisi.

“Paling terharu, Azmeer turut menyerahka­n lagu ciptaannya untuk saya nyanyikan,” katanya.

Mengenai pencalonan awal pada ABPBH 32, Sufian berkata, dia menyerahka­n kuasa sepenuhnya kepada peminat.

“Saya berserah kepada rezeki. Jika ada rezeki, saya akan mara membolosi Top 5. Setiap kali bersaing, saya tidak mahu meletak harapan yang tinggi. Setiap artis memiliki kekuatan peminat yang tersendiri,” katanya.

Lagu umpama sebuah naskhah yang bercerita. Sesetengah pengkarya begitu terbuka berkongsi pengalaman hidup mereka menerusi lagu. Semua itu bergantung kepada pilihan masing-masing. Sufian Suhaimi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia