Berita Harian

Intai peluang luaskan pasaran

-

Plot kisah yang lebih mendebarka­n, bersulam jenaka mencuit hati, Boboiboy bersama rakan karibnya berdepan makhluk penuh bertenaga.

Figura bernama Retak‘ka dalam pemburuan merampas elemen kuasa adiwira kecil itu demi memenuhi hajatnya menakluk galaksi.

Boboiboy dan pasukannya berusaha mengekang gerakan jahat Retak‘ka yang sangat licik mengatur rancangan. Terdahulu, Boboiboy The Movie meraih kutipan pecah panggung RM18 juta.

Nizam berkata, mereka yakin penerimaan ramai terhadap filem yang bakal ditayangka­n bermula 8 Ogos ini, berdasarka­n maklum balas menerusi pelbagai platform.

Katanya, promosi trailer dan teaser filem Boboiboy Movie 2 mencatat sambutan luar biasa apabila meraih 15 juta tontonan di Youtube dalam masa empat minggu.

Nizam berkata, ia membuktika­n keterujaan ramai menanti tayangan filem animasi itu yang bakal mendominas­i 500 pawagam serentak di lima negara.

“Sehingga ini, jumlah tontonan trailer mencapai 10 juta tontonan, manakala teaser sudah mencecah empat juta. Rata-rata memberikan komen positif, selain tidak sabar menanti filem animasi yang menggabung­kan elemen adiwira, pengembara­an dan komedi ini.

“Kami harap Boboiboy Movie 2 dapat menghiburk­an pelbagai lapisan masyarakat, tambahan pula ia digarap untuk segenap lapisan usia dari kecil hingga dewasa,” tambahnya.

Kongsinya lagi, daripada 500 pawagam yang menayangka­n Boboiboy Movie 2, panggung tempatan.

“Filem itu turut melakar sejarah apabila panggung di Indonesia, Vietnam, Singapura dan Brunei menayangka­nnya serentak.

“Filem ini ditayangka­n di 150 pawagam di Indonesia, 120 (Vietnam), manakala lapan (Singapura) dan empat (Brunei).

“Pihak produksi juga menerima permintaan dari Thailand dan Filipina, namun perkara itu masih dalam perbincang­an.

“Ia turut menerima permintaan dari Korea Selatan, India dan China. Menjelang akhir tahun ini, tujuh atau lapan negara lain bakal menayangka­n filem animasi ini,” katanya.

Terdahulu, Boboiboy The Movie pernah mendapat permintaan di Korea Selatan. Pada masa sama, Nizam berkata, pihaknya juga yakin naskhah yang turut menampilka­n pelbagai watak baharu mampu memenuhi selera segenap lapisan khalayak.

Penerapan teknologi baharu yang digabungka­n bersama kepakaran pasukan produksi, sekali gus membantu meningkatk­an kualiti produk.

“Kutipan RM18 juta untuk filem pertama meyakinkan kami dengan penerimaan peminat di luar negara. Kami mendapat lebih banyak maklum balas positif sejak penerbitan filem animasi kedua ini tersebar,” katanya.

Paling pasti, kata Nizam, sambungan kisah yang menghiburk­an itu turut sarat dengan nilai murni, disulami elemen jenaka.

“Kami percaya segala elemen yang dipersemba­hkan dalam filem kedua ini adalah di luar jangkaan ramai, selain semua elemen ditampilka­n berganda berbanding sebelum ini,” ulasnya. 144 adalah

 ?? (Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh) ?? Faizal Tahir menjadi penyanyi lagu tema Boboiboy Movie 2.
(Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh) Faizal Tahir menjadi penyanyi lagu tema Boboiboy Movie 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia