Berita Harian

Pertahan Rasulullah dengan ilmu

Pameran himpun 72 artifak perlihat kehebatan tamadun Islam

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kehebatan generasi sahabat RA dapat dilihat bukan sahaja menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW paling setia, bahkan sentiasa memuliakan Baginda dalam apa sahaja keadaan dan meletakkan utusan Allah SWT itu sebagai qudwah hasanah atau contoh teladan dalam segenap kehidupan.

Mereka menyerahka­n seluruh cinta sejati kepada Rasulullah SAW, tidak kepada manusia lain termasuk ibu bapa dan anak, jauh sekali harta benda duniawi.

Kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah SAW itu yang perlu diperkukuh­kan khususnya dalam kalangan umat Islam hari ini, apatah lagi dengan pelbagai cabaran semasa termasuk gejala memfitnah Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Banyak cara perlu dilakukan demi menzahirka­n rasa cinta kepada Rasulullah SAW daripada ucapan dan selawat serta mempelajar­i sunah Baginda hingga disusuli tindakan mempertaha­nkannya daripada sewenang-wenangnya diperlekeh­kan dengan bertunjang­kan keilmuan.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata mencintai Rasulullah SAW termasuk dalam keimanan dan menzahirka­n manisnya nilai keimanan.

Daripada Anas Malik, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga perkara yang sesiapa mempunyain­ya, dia akan merasai kemanisan iman; seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-nya sebagai yang paling dicintainy­a, tidak mencintai seseorang melainkan kerana-nya dan membenci untuk kembali kekufuran seperti dia tidak suka untuk dicampakka­n ke dalam neraka.” (HR Bukhari)

Menurut Zulkifli, perkara sama turut disebut Saidina Ali RA, bahawa cintanya kepada Rasulullah SAW melebihi kasih kepada ibu bapa, anak, isteri, harta benda bahkan seluruh manusia.

“Rasulullah SAW ialah sebaik-baik manusia dan makhluk, bahkan kemuliaan Baginda diibaratka­n seperti matahari dan bulan purnama,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang berlangsun­g hingga Ahad ini.

Zulkifli berkata, Rasulullah

Bahan ilmu mengenai Baginda perlu diperhebat terutama secara dalam talian dan disusun dengan hujahan jelas untuk membantera­s hinaan terhadap Baginda dan dalam masa sama menghuraik­an hakikat sebenar Rasulullah SAW. Zulkifli Mohamad Al-bakri, Mufti Wilayah Persekutua­n

SAW ialah insan paling mulia dipilih Allah SWT, sekali gus tidak sama seperti manusia lain.

Beliau berkata, Rasulullah SAW mempunyai pelbagai keistimewa­an yang tidak ada pada orang lain hingga wajar dijadikan ikutan dan panduan untuk semua umat.

Katanya, penganjura­n pelbagai acara yang mengangkat Rasulullah SAW termasuk pameran menampilka­n artifak yang juga rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda perlu dilihat secara positif.

Menurut beliau, ia dapat memberi penjelasan kepada masyarakat terhadap ketokohan, kemuliaan dan kehidupan Baginda.

“Melalui acara sebegini diharap lebih ramai masyarakat yang prihatin dan ambil cakna betapa penting untuk kita mendekati Rasulullah SAW dengan cara mengkaji kehidupan Baginda dan mendalami sirahnya.

“Ia akhirnya menatijahk­an kita makrifah terhadap sejarah orang Yahudi dan pendetanya mengenali Rasulullah SAW lebih dalam berbanding mengenali anak mereka.

“Sepatutnya kita berasa risau dengan semangat dan kesungguha­n yang mereka tunjukkan ini dengan cara menjelmaka­n rasa cinta yang disulami dengan ilmu,” katanya.

Beliau menegaskan, hal itu seharusnya menjadi agenda penting umat Islam bagi mempertaha­nkan Rasulullah SAW daripada menjadi bahan kejian dan cacian musuh Islam apatah lagi dalam keadaan kita mengetahui Baginda meraih penghormat­an tertinggi kerana menjadi satu-satunya makhluk yang paling dimuliakan Allah SWT.

Tambahnya, dalam keadaan hari ini, mempertaha­nkan Baginda ialah jalan jihad, terutama dengan membudayak­an semula ilmu melalui penerbitan buku, tulisan dan artikel bermanfaat seperti dilakukan ulama terdahulu.

“Umat Islam perlu mengkaji dan mendalami sirah dengan terperinci hingga apabila menemukan sesuatu, perlu diselidiki perkara berkenaan benar atau salah.

“Cinta kita kepada Rasulullah SAW perlu bersandark­an maklumat betul dan tepat sebelum dihebahkan kepada masyarakat.

“Bahan ilmu mengenai Baginda perlu diperhebat terutama secara dalam talian dan disusun dengan hujahan jelas untuk membantera­s hinaan terhadap Baginda dan dalam masa sama menghuraik­an hakikat sebenar Rasulullah SAW,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA, Razali Bachik, berkata pameran yang julung kali berlangsun­g di PWTC itu bermatlama­t membawa masyarakat mengenang jasa dan pengorbana­n Rasulullah SAW.

“Pameran kali ini cukup bersejarah kerana buat kali pertama menghimpun­kan jumlah artifak tertinggi peninggala­n Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan sahabat RA sehingga kepada warisan Kerajaan Uthmaniah.

“Sebanyak 72 artifak dihimpunka­n untuk memperliha­tkan kehebatan tamadun Islam yang melalui sejarah cukup panjang hingga turut menyumbang kepada kebangkita­n peradaban dan kemajuan di Barat sehingga hari ini.

“Ia bertitik tolak daripada peranan digerakkan Rasulullah SAW dan kemudian diteruskan oleh sahabat Baginda,” katanya.

Menurut Razali, pameran berkenaan dianjurkan oleh Manhajj Brothers Sdn Bhd dengan sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI).

Pameran itu diharap dapat memberi pendidikan, inspirasi dan melonjakka­n perasaan cinta, sekali gus membawa masyarakat lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan sirahnya.

“Antara tarikan pameran ini ialah artifak berkaitan Rasulullah SAW termasuk rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat dan pasir makam Baginda.

“Turut dibawakan kiswah Kaabah, pedang Muaz ibnu Jabal RA, pedang Sultan al-fatih dan kunci makam Saidatina Fatimah RA.

“Bagi yang ingin melihat peninggala­n Kerajaan Uthmaniah, terdapat banyak koleksi berkaitan dengannya termasuk baju perang, al-quran emas dan Kiswah Pintu Taubat,” katanya.

Beliau memaklumka­n, semua koleksi itu didatangka­n khas dari Tanah Arab termasuk Makkah, Madinah, Yaman dan Turki.

Bagi memberi pemahaman lanjut kepada pengunjung, penganjur turut menyediaka­n mutawwif yang menguasai sirah Rasulullah SAW untuk menyampaik­an maklumat dan penjelasan lanjut berkaitan setiap artifak dipamerkan.

Razali berkata, tiket masuk pameran bagi dewasa RM20, mahasiswa RM10 dan kanak-kanak (RM5). Pameran dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 10 malam.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Zulkifli melihat Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di PWTC yang berlangsun­g sehingga Ahad ini.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Zulkifli melihat Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di PWTC yang berlangsun­g sehingga Ahad ini.
 ??  ?? Orang ramai meluangkan masa melihat artifak tamadun Islam.
Orang ramai meluangkan masa melihat artifak tamadun Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia