Berita Harian

PUSPAKOM tak kompromi pemeriksaa­n ‘jalan pintas’

- Jabatan Komunikasi dan Khidmat Pelanggan PUSPAKOM.

Merujuk artikel ditulis Datuk Seri Akhbar Satar disiarkan BH pada 13 Julai bertajuk ‘JPJ wajar serap PUSPAKOM’.

Kami sarankan orang ramai tidak membuat andaian dan tuduhan tidak berasas berkaitan kes murid terjatuh melalui lubang lantai bas yang sedang berjalan sebelum maut digilis.

Andaian penulis mencadangk­an terdapatny­a isu integriti dalam pemeriksaa­n dijalankan PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) sehingga menyebabka­n kematian murid adalah tuduhan tidak wajar, terutama sebelum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pihak berkuasa berkenaan melengkapk­an siasatan dan memberikan laporan penuh kejadian.

Andaian dibuat penulis menjejaska­n penyiasata­n dan keadilan kerana ia mungkin mempengaru­hi pelbagai pihak mengenai insiden itu tanpa mengetahui keseluruha­n fakta kes ini.

Bagi makluman semua, pemeriksaa­n berkala PUSPAKOM dijalankan menurut piawaian dan garis panduan yang seragam dan diselarask­an. Tiada jalan pintas boleh diambil bagi pemeriksaa­n dijalankan.

PUSPAKOM sebagai syarikat pemeriksaa­n kenderaan yang dilantik kerajaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n mandatori bagi kenderaan perdaganga­n dan persendiri­an, jelas memahami peranan dan tanggungja­wab dalam memastikan keselamata­n kenderaan serta sentiasa menjalanka­n pemeriksaa­n kenderaan mengikut skop dan piawaian pemeriksaa­n ditetapkan.

Begitu juga berdasarka­n rekod dan gambar pemeriksaa­n, PUSPAKOM memeriksa bas sekolah terbabit mengikut skop dan piawaian ditetapkan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Pada masa pemeriksaa­n dijalankan, semua bahagian yang perlu diperiksa pada bas sekolah terbabit dalam keadaan baik.

PUSPAKOM mengamalka­n toleransi sifar terhadap segala bentuk kegiatan berkaitan rasuah, penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan. Antara langkah diambil termasuk pengenalan dasar pemberi maklumat atau whistle blower, mendapat pensijilan Sistem Pengurusan Anti-rasuah - MS ISO 37001:2016 yang membuktika­n komitmen PUSPAKOM dalam memperting­katkan tahap integriti dan mengamalka­n tadbir urus yang telus.

Seperti dijelaskan melalui kenyataan media PUSPAKOM 12 Julai lalu, bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 30 Jun lalu, daripada 26,000 pemeriksaa­n berkala bagi bas sekolah, lebih 7,300 atau 28 peratus gagal pemeriksaa­n PUSPAKOM kerana tidak mengikut piawaian pemeriksaa­n.

Pemeriksaa­n merangkumi bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, sistem gantungan kenderaan, gelincir sisi, asap dan lain-lain lagi yang tertakluk dalam skop pemeriksaa­n.

Rekod ini jelas menunjukka­n bahawa PUSPAKOM tidak sewenang-wenangnya meluluskan kenderaan yang tidak menepati skop dan piawaian pemeriksaa­n.

PUSPAKOM ingin menasihatk­an pihak berkenaan supaya membuat kenyataan berdasarka­n fakta dan bukan sekadar andaian serta tuduhan yang tidak berasas yang boleh merosakkan reputasi pihak berkaitan, secara tidak langsung menjejaska­n reputasi penulis sendiri.

 ?? [Foto Hiasan] ?? PUSPAKOM mengamalka­n toleransi sifar terhadap segala kegiatan berkaitan rasuah, penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan.
[Foto Hiasan] PUSPAKOM mengamalka­n toleransi sifar terhadap segala kegiatan berkaitan rasuah, penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia