Berita Harian

Kembalikan rasa hormat murid, ibu bapa kepada guru

- Bekas guru, Kuala Lumpur.

Kebelakang­an ini terlalu banyak krisis membabitka­n guru dan murid tular, terutama di media sosial yang menjadi medium penyampai maklumat utama dalam masyarakat.

Bukan sahaja murid semakin kurang rasa hormat terhadap guru, tetapi nampaknya ibu bapa sendiri turut campur tangan apabila membabitka­n hal pelajar dan guru.

Ibu bapa dilihat terlalu ‘tunduk’ untuk ‘mendengar’ kata si anak sehingga hilang rasa hormat dan ‘keramat’ mendengar kata guru yang selama ini berperanan besar dalam mendidik dan mencurah segala ilmu.

Ibu bapa bukan sahaja mempersend­akan malah memperleke­hkan guru di hadapan anak mereka hanya disebabkan perkara kecil yang dianggap cukup remeh dan tidak memerlukan campur tangan mereka.

Cara didikan ibu bapa sekarang membuatkan generasi muda semakin hilang adab dan hormat terhadap guru apabila ada yang menganggap guru tidak berhak menegur sebarang kesalahan dilakukan.

Apabila hukuman merotan, denda dan marah semakin dipertikai­kan, cara apa lagi seharusnya dikatakan berkesan untuk mendidik si anak menjadi manusia di masa hadapan?

Melihatkan cara didikan ibu bapa sekarang jelas menunjukka­n generasi masa kini semakin dimanjakan sehingga membuatkan mereka terlalu bergantung kepada orang tua mereka dalam apa jua keadaan.

Berbeza cara didikan dulu, kanak-kanak diajar berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa dalam usia muda terutama apabila di sekolah.

Jarang sekali ada campur tangan ibu bapa di sekolah yang tidak berpuas hati dengan cara didikan guru. Malah semua ibu bapa ‘reda’ jika anak dirotan guru demi mengajar dan mendidik mereka selagi hukuman yang dikenakan tidak menyebabka­n murid terbabit ‘patah’ atau ‘mati’.

Biarpun dimarah, dipukul atau didenda guru, murid masih hormat kepada guru malah sentiasa mengenang jasa dan ilmu yang dicurahkan.

Kita tidak mahu melahirkan generasi yang sudah hilang hormat dan santun mereka terhadap insan yang mengajar dan memberi ilmu kerana keberkatan­nya bukan untuk masa kini tetapi demi masa depan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia