Berita Harian

Kemaruk teh boba usah sampai ketagih

- Siti Aishah, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika kerajaan berusaha mengurangk­an pengambila­n minuman bergula dalam kalangan rakyat dengan mengenakan cukai bagi minuman bergula, nampaknya kita dilanda pula dengan fenomena minuman teh bubble atau bebola kanji (boba).

Tular di media sosial yang menunjukka­n orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatka­n minuman berkenaan, menambahka­n lagi keinginan untuk mencubanya.

Boleh dikatakan 2019 menjadi tahun teh boba yang nampaknya membuatkan semua orang kemaruk untuk meminumnya, terutama generasi muda.

Minuman berasal dari Taiwan ini semakin berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan dan seakan-akan saling bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelanggan.

Sama seperti kebanyakan minuman manis lain, teh boba juga memiliki kandungan gula cukup tinggi, tetapi nampaknya orang ramai seperti tidak mengambil peduli aspek berkenaan semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka.

Lebih membahayak­an pelanggan diajar menyedut minuman dari bahagian paling bawah yang dianggap di situlah terletak rasa sedapnya kerana mengandung­i lapisan gula paling tinggi daripada gula perang, sirap gula dan bebola kanji.

Halaman Facebook Public Health Malaysia, melaporkan sedutan pertama itu akan menyebabka­n dopamine di otak naik secara mendadak, sekali gus memberikan rasa kenikmatan dan keseronoka­n. Mekanisme sama seperti bahan ketagihan lain terhadap rokok dan dadah.

Melihatkan kegilaan orang ramai terhadap minuman ini, sewajarnya Kementeria­n Kesihatan melakukan sesuatu supaya ketagihan rakyat kita terhadap teh boba ini, tidak menambahka­n lagi statistik pesakit diabetes yang sememangny­a tinggi di negara ini.

Rakyat perlu dididik supaya mampu membuat pilihan bijak terhadap minuman kegemaran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia