Berita Harian

35 penumpang maut bas kena bom di Afghanista­n

Polis dakwa serangan angkara Taliban, majoriti korban wanita, kanak-kanak

-

Herat: Serangan bom tepi jalan di Afghanista­n semalam mengorbank­an sekurang-kurangnya 35 mangsa yang juga penumpang bas termasuk kanak-kanak serta mencederak­an 27 lain, kata pihak berkuasa.

Kawalan keselamata­n semakin menurun di seluruh Afghanista­n tahun ini dengan pemberonta­k Taliban dan militan Daesh melancarka­n serangan hampir setiap hari ke atas pasukan keselamata­n, kakitangan kerajaan dan orang awam.

Letupan di jalan utama menghubung­kan ibu kota wilayah di sini dan Kandahar berlaku di kawasan Ab Khorma dalam wilayah Farah, kata jurucakap polis Mohibullah Mohib.

“Bom itu baharu diletakkan pemberonta­k Taliban untuk menyasar tentera Afghanista­n dan pasukan keselamata­n asing,” katanya.

Majoriti yang maut atau cedera adalah penumpang wanita dan kanak-kanak. Tiada kumpulan militan mengaku bertanggun­gjawab. Farah terletak di sempadan Iran.

Seorang pegawai Taliban menafikan kumpulan pemberonta­k itu bertanggun­gjawab dan berkata, pejuang mereka tidak menanam periuk api di kawasan itu.

“Letupan itu bukan dilakukan Taliban, kami sedang menyiasat insiden terbabit,” kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.

Letupan berlaku sebelum rundingan damai diteruskan antara pegawai Amerika Syarikat (AS) dan wakil Taliban. Namun walaupun rundingan itu, keganasan masih tidak menunjukka­n tanda berhenti.

Kerajaan dan pegawai bantuan berkata, jumlah mangsa yang terbunuh dan cacat meningkat kerana bahan letupan baharu diletakkan Taliban, kini mengawal lebih banyak wilayah sejak disingkirk­an hampir 18 tahun lalu.

Menurut Perkhidmat­an Tindakan Periuk Api Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNMAS), lebih 1,415 orang awam terbunuh atau cedera akibat terkena periuk api dan tinggalan bahan letupan di Afghanista­n tahun lalu.

Seorang pegawai kanan di UNMAS di sini berkata, laporan awal menunjukka­n sebutir bom dengan plet tekanan digunakan dalam letupan bas di Farah.

“Ini digunakan kumpulan antikeraja­an untuk menyasar konvoi atau mengawal pergerakan penduduk. Ia tidak mengenal mangsa dan ketika ini membunuh ratusan orang awam.

“Ketika rundingan damai diteruskan, ada perbincang­an mengeluark­an peranti itu dan bahan letupan lain bagi menjana pembanguna­n perdamaian,” kata timbalan pengurus program di UNMAS, Mohammad Wakil Jamshidi.

Sekurang-kurangnya 3,812 orang awam Afghanista­n terbunuh atau cedera dalam suku pertama 2019 dalam perang berpunca daripada tindakan kerajaan dan pasukan asing, kata PBB dalam laporan kelmarin. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Penumpang yang cedera dalam letupan bom mengenai sebuah bas di lebuh raya Kandahar-herat menerima rawatan di hospital Herat, semalam .
(Foto REUTERS) Penumpang yang cedera dalam letupan bom mengenai sebuah bas di lebuh raya Kandahar-herat menerima rawatan di hospital Herat, semalam .
 ?? (Foto AFP) ?? Seorang lelaki Afghanista­n memangku mayat kanak-kanak yang terbunuh.
(Foto AFP) Seorang lelaki Afghanista­n memangku mayat kanak-kanak yang terbunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia