Berita Harian

China arah simbol Arab, Muslim diturunkan

-

Beijing: Pihak berkuasa ibu kota ini mengarahka­n restoran dan gerai makanan halal membuang tulisan Arab dan simbol yang berkaitan Islam daripada papan tanda premis mereka.

Tindakan itu disifatkan sebagai sebahagian usaha negara untuk ‘menyisihka­n’ penduduk Islam di negaranya.

Pekerja di 11 restoran dan kedai di ibu kota ini yang menjual produk halal berkata, pihak berkuasa mengarahka­n mereka supaya membuang imej beraitan Islam seperti bulan sabit dan tulisan ‘halal’ dalam bahasa Arab daripada papan tanda.

Kakitangan kerajaan daripada pelbagai jabatan memberitah­u seorang pengurus kedai mi di sini supaya menutup tanda ‘halal’ dalam bahasa Arab di papan tanda premisnya dan mereka memerhatik­an dia melakukan kerja itu.

“Mereka berkata ia adalah budaya asing dan anda perlu lebihkan penggunaan budaya China,” kata seorang pengurus yang enggan dikenali. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia