Berita Harian

Israel lulus penempatan haram

-

Baitulmaqd­is: Menteri Israel memberi kelulusan jarang dibuat untuk membina 700 rumah penduduk Palestin di bahagian diduduki Tebing Barat di bawah kawalannya sambil meluluskan 6,000 rumah lain untuk peneroka haram, kata seorang pegawai Israel semalam.

Pegawai terbabit yang enggan dikenali mengesahka­n kelulusan diberi kabinet keselamata­n Israel, menjelang lawatan menantu dan penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner.

Namun, tidak jelas jika semua rumah itu bakal dibina atau sedia ada serta menerima kelulusan.

Kelulusan itu adalah untuk sebahagian Tebing Barat dikenali Kawasan C, berada di bawah kawalan keselamata­n dan orang awam Israel, serta lokasi penempatan haramnya.

Kawasan C menyumbang lebih 60 peratus Tebing Barat, wilayah Palestin yang akan membentuk sebahagian masa depan negara Palestin di bawah penyelesai­an dua negara terbabit.

Butiran mengenai lawatan Kushner yang dijangka tiba minggu ini belum lagi diperoleh.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia