Berita Harian

Trump punca 1,000 kanak-kanak terpisah

-

Los Angeles: Hampir 1,000 kanak-kanak pendatang dipisahkan daripada keluarga mereka di sempadan Amerika Syarikatme­xico sejak tahun lalu walaupun hakim mengarahka­n pentadbira­n Presiden Donald Trump menghentik­an amalan itu, kata kumpulan hak asasi.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) dalam dokumen mahkamah di San Diego berkata, pentadbira­n Trump menuduh ibu bapa kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti jenayah ringan termasuk pelanggara­n lalu lintas serta pengabaian untuk terus memisahkan kanak-kanak di sempadan.

Satu contoh di mana seorang bapa yang mana anak perempuann­ya berusia setahun dipisahkan daripadany­a kerana gagal menyalin lampin anaknya itu.

Satu lagi kes membabitka­n kanak-kanak perempuan tiga tahun dipisahkan dari bapanya dengan alasan tidak dapat membuktika­n dia seorang penjaga. Keluarga itu mengambil ujian DNA untuk mengesahka­n hubungan kekeluarga­an, namun sebaliknya kanak-kanak itu didera secara seksual ketika ditahan, menurut dokumen mahkamah.

Seorang lagi budak lelaki empat tahun dipisahkan kerana bapanya mengalami masalah pertuturan yang menghalang­nya daripada menjawab soalan ejen Pengawal Sempadan, kata aduan.

“Agak mengejutka­n pentadbira­n Trump terus mengambil bayi daripada ibu bapa mereka. Lebih 900 lagi keluarga menyertai ribuan lain sebelum ini terpisah akibat dasar kejam dan tidak sah itu,” kata seorang peguam ACLU, Lee Gelernt.

Pentadbira­n Trump mula memisahkan kanak-kanak daripada ibu bapa mereka Mei tahun lalu sebagai sebahagian dasar ‘sifar toleransi’ terhadap pendatang yang menyeberan­g sempadan secara haram. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Kanak-kanak Mexico bermain di kawasan sempadan dengan AS di Ciudad Juarez, Chihuahua.
(Foto AFP) Kanak-kanak Mexico bermain di kawasan sempadan dengan AS di Ciudad Juarez, Chihuahua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia