Berita Harian

Mayat jutawan kopi India terapung di sungai

-

Bangalore: Mayat jutawan kopi India, VG Siddhartha, 59, ditemui terapung di tepi sungai di selatan India semalam, sehari selepas sepucuk surat mendedahka­n kebimbanga­n beliau berhubung masalah kewangan dan gangguan daripada pihak berkuasa cukai.

Penemuan mayatnya oleh nelayan mengakhiri pencarian dua hari pengasas empayar Cafe Coffee Day selepas kali terakhir dilihat pemandunya berjalan menyeberan­gi jambatan di bandar Mangalaru.

Ahli politik dan ahli perniagaan terkenal menggesa siasatan terhadap kematian Siddharta, serta tuduhan dalam suratnya mengenai gangguan daripada peminjam dan pihak berkuasa cukai.

“Kerajaan seharusnya mengadakan siasatan wajar terhadap kematian tragiknya,” kata bekas perdana menteri H D Deve Gowda di Twitter sambil melahirkan perasaan terkejut

Gesaan siasatan bebas dibangkitk­an dalam Parlimen oleh anggota Kongres pembangkan­g, Manish Tewari.

Siddhartha yang mana keluargany­a terbabit dalam perniagaan kopi selama 130 tahun, membuka kedai Cafe Coffee Day pertama pada 1996 dan menjadi pedagang kopi terbesar dunia. Beliau memiliki ladang kopi terbesar di Asia dan syarikatny­a adalah pengekspor­t kopi terbesar India.

Rangkaian itu memiliki lebih 1,700 kedai majoriti di India namun juga di Malaysia, Mesir, Republik Czech dan Austria, memiliki lebih 20,000 pekerja. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Siddhartha bergambar di salah sebuah rangkaian kedai kopi miliknya di Ahmedabad.
(Foto AFP) Siddhartha bergambar di salah sebuah rangkaian kedai kopi miliknya di Ahmedabad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia