Berita Harian

44 perusuh didakwa

-

Hong Kong: Puluhan penunjuk perasaan pro-demokrasi hadir di mahkamah semalam selepas didakwa atas tuduhan merusuh, mungkin menjurus kekacauan lanjut di hab kewangan global itu dalam krisis yang kini berlarutan selama tiga bulan.

Pengumuman malam kelmarin bahawa 44 orang didakwa atas tuduhan merusuh, kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun segera mencetuska­n pusingan baharu pertembung­an antara polis dan penunjuk perasaan.

Pesalah terbabit, terdiri daripada 28 lelaki dan 16 wanita adalah yang pertama didakwa mengikut satu daripada kesalahan gangguan awam paling serius di bandar itu sejak bantahan berhubung rang undang-undang ekstradisi bermula Mei lalu.

Ramai yang didakwa adalah pelajar, yang paling muda adalah gadis 16 tahun manakala yang lain termasuk juruterban­g, guru, jururawat, juruelektr­ik, buruh, penganggur dan seorang cef, lapor TVB. Seorang daripadany­a berdepan tuduhan tambahan menyerang polis.

Semua yang didakwa dibebaskan dengan jaminan HK$1,000 (RM527.72). Sesetengah dikenakan perintah berkurung tengah malam dengan kes itu ditunda pada 25 September. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia