Berita Harian

Bapa Neymar lega anak bebas tuduhan

-

Sao Paulo: Bapa bintang Brazil, Neymar berterima kasih dengan penyokong Paris Saintgerma­in (PSG) selepas polis membebaska­n anaknya daripada tuduhan merogol, kelmarin.

Polis di sini yang menyiasat kes berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang wanita Mei lalu mengesahka­n sudah menyerahka­n kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya yang mengambil masa 15 hari melakukan penilaian dan membuat keputusan.

Neymar menafikan merogol wanita berkenaan di sebuah hotel di Paris, seperti didakwa.

Wanita itu tampil di balai polis di sini, beberapa hari sebelum Kejohanan Copa America bermula, namun Neymar tidak dapat beraksi mewakili Brazil angkara kecederaan pergelanga­n kaki.

Bapa Neymar yang bertindak sebagai ejennya meluahkan rasa gembira dengan keputusan kes berkenaan yang menimpa anaknya yang berusia 27 tahun

“Saya menghargai kepercayaa­n dan sokongan padu yang diberikan kepada anak saya, Neymar Jr sepanjang tempoh siasatan berhubung tuduhan liar yang menyebabka­n kem Brazil kesedihan dan kini semuanya sudah berakhir, polis sudah mengesahka­nnya.

“Sokongan semua peminat, sahabat handai dan rakanrakan perniagaan yang percaya karakter dan integriti anak saya sangat penting dalam mengharung­i episod malang ini,” tulisnya menerusi Instagram.

Namun Ketua Penyiasat Polis Sao Paulo, Juliana Lopes Bussacos berkata Neymar masih dalam siasatan polis Rio de Janeiro bagi kes menunjukka­n imej dalam satu rakaman video seks yang tular di media sosial ketika dia diminta memberi keterangan di balai polis berkenaan bulan lalu. AGENSI

Sokongan semua peminat, sahabat handai dan rakan-rakan perniagaan yang percaya karakter dan integriti anak saya sangat penting dalam mengharung­i episod malang ini. Bapa Neymar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia