Berita Harian

Pepe senjata baharu Arsenal

Perpindaha­n sensasi bintang Ivory Coast bernilai RM361 juta

-

London: Nicolas Pepe semakin hampir melengkapk­an perpindaha­n sensasi bernilai £72 juta (RM361 juta) daripada Lille ke Arsenal selepas satu video memaparkan dirinya menyarung jersi baharu tersebar di media sosial.

The Gunners dikatakan bersedia mengumumka­n perpindaha­n yang mencatat rekod kelab membabitka­n pemain antarabang­sa Ivory Coast itu dalam masa terdekat ketika mereka dijangka terus berbelanja sebelum permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 201920.

Pada petang Selasa lalu, satu video memaparkan Pepe yang didakwa memakai jersi utama Arsenal yang baharu tersebar di media sosial dengan dia dilihat menepuk lencana kelab itu.

Pemain berusia 24 tahun itu dijangka menjadi pemain keempat ditandatan­gani kelab utara London pada musim panas, menyertai Dani Ceballos (secara pinjaman), William Saliba dan Gabriel Martinelli.

Pemain sayap itu mendarat di sini, pada awal pagi Selasa untuk menjalani ujian perubatan dan dijangka menandatan­gani perjanjian selama lima tahun bersama Gunners.

Pepe muncul di kompleks latihan kelab London itu, Colney untuk ujian perubatan itu dengan beg yang dihiasi dengan lencana Arsenal dan dipenuhi dengan barangan cendera mata kelab.

Menurut laporan Sportsmail awal minggu ini, Arsenal akan diberikan tempoh lima tahun yang luar biasa bagi membayar yuran £72 juta (RM361 juta), membuat bayaran pendahulua­n kepada kelab Perancis itu hanya £20 juta bagi mengekalka­n bajet mereka.

Tindakan menandatan­gani Pepe akan menjadi ‘rampasan’ mengagumka­n buat The Gunners selepas Paris Saint-germain, Manchester United dan Napoli turut dikatakan berminat dengan pemain itu. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia