Berita Harian

Wolves ikat penyerang Itali

-

London: Wolverhamp­ton Wanderers menandatan­gani penyerang Itali, Patrick Cutrone dengan kontrak empat tahun dari kelab Itali, AC Milan, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kelmarin.

Maklumat lanjut perjanjian tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan pemain berusia 21 tahun itu dibeli dengan harga sekitar 16 juta pound (RM80 juta).

“Saya sangat berbesar hati datang ke sini kerana mereka benar-benar mahukan saya. Saya sangat gembira dan akan memberikan segalanya kepada kelab,” kata Cutrone dalam kenyataan itu.

“Dapat beraksi bersama Wolves dalam EPL sangat fantastik dan saya tak sabar memulakann­ya.”

Cutrone yang memulakan karier bersama Milan ketika remaja melakukan 90 penampilan sejak menyertai skuad senior pada Mei 2017 dan menjaringk­an 27 gol dalam semua kejohanan selain kap pertama bersama Itali dalam aksi persahabat­an tahun lalu.

“Patrick pemain yang sangat menarik ditandatan­gani untuk kelab ini,” menurut pengarah sukan Wolves, Kevin Thelwell.

Wolves menamatkan kedudukan di tempat ketujuh dalam liga musim lalu, pencapaian cemerlang bagi kelab yang baharu dinaikkkan ke liga utama selain layak ke Liga Europa. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia