Berita Harian

United idam bawa Umtiti ke Old Trafford

-

London: Manchester United dilaporkan mula membuka pintu rundingan bagi mendapatka­n pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti.

Pengurus, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mencari pemain lain selepas hasrat memiliki bintang Leicester City, Harry Maguire tidak kesampaian susulan harga £80 juta (RM401 juta) ditetapkan The Foxes tidak dipersetuj­ui oleh The Red Devils.

Menurut akhbar Perancis, Le10sport, United kini mengidam khidmat Umtiti dan sedia berentap dengan Manchester City untuk mendapatka­n tandatanga­nnya.

Laporan menyebut United sedia membayar £46 juta (RM230 juta) untuk Umtiti walaupun Barcelona menetapkan harga £55 juta (RM275 juta).

Pertahanan tengah berusia 25 tahun itu hanya melakukan 14 penampilan aksi La Liga musim lalu selepas berehat lima bulan akibat kecederaan lutut.

Umtiti berpindah ke Barcelona dari Lyon pada 2016 dengan nilai £22.3 juta (RM111 juta) dan tampil dalam 97 perlawanan bersama kelab. AGENSI

 ??  ?? Samuel Umtiti
Samuel Umtiti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia