Berita Harian

Ee Yi-yew Sin singkir jaguh Indonesia

-

itu bagi membolehka­n dia mencari formula terbaik untuk mengatasin­ya.

“Saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini, jadi ini adalah kali pertama. Saya akan menyaksika­n rakaman video perlawanan­nya sebelum ini dan buat persiapan.

“Saya akan berikan aksi terbaik dan berjuang habis-habisan,” kata Soniia kepada BH Sukan.

Terdahulu, Soniia mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan pemain tuan rumah, Supanida Katethong 11-21, 21-14, 21-19 manakala Bing Jiao mengatasi rakan senegara, Li Xue Rui 22-20, 21-14.

Sementara itu, nasib berbeza dialami pemain perseorang­an lelaki profesiona­l, Liew Daren dan beregu campuran, Chan Peng Soon-goh Liu Ying apabila ditunjukka­n jalan keluar di pusingan pertama.

Daren terpaksa akur apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long 13-21, 16-21.

Peng Soon-liu Ying yang cemerlang apabila mara sehingga separuh akhir dua kejohanan sebelum ini - Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun - tunduk di tangan pasangan India, Satwiksair­aj Rankireddy-ashwini Ponnappa 18-21, 21-18, 17-21. Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-ong Yew Sin tidak boleh mendabik dada susulan kejayaan mereka menumbangk­an bekas juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-hendra Setiawan pada aksi pusingan pertama badminton Terbuka Thailand di Bangkok, semalam.

Pada perlawanan itu, Ee Yi-yew Sin menang 18-21, 21-16, 23-21 dalam tempoh 51 minit.

Walaupun kedua-dua pemain itu berhak menerima pujian tetapi perlu diingat ada kemungkina­n Ahsan-hendra beraksi dalam keadaan keletihan selepas mengharung­i tiga kejohanan berturut-turut dalam tempoh tiga minggu.

Berbanding Ee Yi-yew Sin yang ditunjukka­n jalan keluar di pusingan pertama, mereka cemerlang apabila berjaya mara sehingga ke final pada saingan Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun yang berlangsun­g sebelum itu.

Justeru, Ee Yi-yew Sin tidak boleh terlalu gembira dengan kemenangan semalam dan mereka perlu menampilka­n prestasi konsisten bagi membuktika­n betapa kejayaan menewaskan juara Seluruh England 2019 itu bukan sekadar nasib.

Ee Yi-yew Sin yang ditunjukka­n jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun akan bertemu pasangan Korea Selatan,

Ko Sung Hyun-shin Baek Cheol bagi perebutan tempat ke suku akhir, hari ini.

Sementara itu, pasangan lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik turut akan beraksi pada pusingan kedua, hari ini dengan mereka dijadual bertemu gandingan China, Huang Kai Xiang-liu Cheng.

Beregu lelaki profesiona­l, Goh V Shem-tan Wee Kiong pula akan bertemu pasangan China yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Han Cheng Kai-zhou Hao Dong bagi perebutan tempat ke suku akhir.

 ??  ??
 ??  ?? Yew Sin dan Ee Yi akan menentang pasangan dari Korea Selatan.
Yew Sin dan Ee Yi akan menentang pasangan dari Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia