Berita Harian

Zii Jia bergelut sebelum mara

Pemain India paksa aksi hingga set penentuan, jumpa Tommy pusingan kedua

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki utama negara, Lee Zii Jia terpaksa bergelut sebelum dapat mengesahka­n tempat ke pusingan kedua saingan badminton Terbuka Thailand di Bangkok, semalam.

Juara Terbuka Taiwan 2018 itu nyaris ditunjukka­n jalan keluar di pusingan awal sebelum bangkit untuk melakar kemenangan 21-23, 11-21, 21-5 ke atas pilihan kelapan dari India, Sameer Verma.

Dia yang mencipta sensasi apabila mengejutka­n juara Olimpik Rio 2016, Chen Long pada saingan Terbuka Indonesia, dua minggu lalu akan berdepan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto hari ini bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Sementara itu, perseorang­an wanita negara, Soniia Cheah tidak rela menyerah kalah sebelum melawan apabila membuat perhitunga­n dengan pemain nombor enam dunia, He Bing Jiao dari China pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Malah, pemain berusia 26 tahun itu percaya bukan sesuatu yang mustahil untuk dia melakar kejutan seperti yang pernah dilakukan rakan senegara, Goh Jin Wei.

Jin Wei pernah dua kali melakar kemenangan ke atas Bing Jiao dalam lima pertemuan antara mereka iaitu pada saingan Piala Uber 2018 dan Masters Malaysia 2019.

Soniia, berkata dia akan melakukan analisis menerusi rakaman video terhadap lawannya

Saya akan berikan aksi terbaik dan berjuang habis-habisan.

Soniia Cheah, Pemain badminton perseorang­an wanita negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia