Berita Harian

Selangor waspada cabaran FELDA di Shah Alam

-

Shah Alam: Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor tidak akan memandang rendah keupayaan FELDA United apabila keduadua pasukan membuat perhitunga­n dalam aksi pembukaan kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Selangor, B Sathianath­an percaya pemain skuad Gergasi Merah akan mempamerka­n aksi terbaik bagi memburu tiga mata di hadapan penyokong sendiri.

“Saya yakin FELDA United masih berada dalam prestasi terbaik selepas mengejutka­n Kedah 5-1 di laman sendiri dalam saingan Liga Super pada 21 Julai lalu.

“Jadi pemain saya kena bermain sehabis baik dan perlu berwaspada dengan permainan yang bakal ditampilka­n FELDA United pada Sabtu ini,” katanya semalam.

Dalam pada itu, bekas Ketua jurulatih kebangsaan itu berkata persiapan Selangor menghadapi Piala Malaysia berjalan lancar walaupun dua tonggak utama iaitu Mohd Syazwan Zainon dan Mohd Faiz Mohd Nasir yang masih mengalami kecederaan dan dijangka kembali pulih dalam beberapa hari lagi.

Sathianath­an tidak menolak kemungkina­n untuk menyenarai­kan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor yang sebelum ini terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut yang dihadapiny­a.

Satu lagi aksi kumpulan

D di antara Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlangsun­g di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad ini.

BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia