Berita Harian

JDT sedia kerja keras

Tak anggap Kumpulan B mudah, UITM FC ujian pertama

- Oleh Rizar Mohd Noor dan Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh menganggap laluan dalam Kumpulan B tampak mudah apabila memulakan kempen Piala Malaysia menentang UITM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, esok.

Selain diundi bersama skuad bimbingan Ismail Zakaria, skuad Harimau Selatan turut berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan PKNP FC dalam kumpulan sama.

Persembaha­n pada dua aksi penghujung liga yang menyaksika­n JDT gagal mencipta kemenangan ketika beraksi di laman sendiri, mengundang kebimbanga­n sama ada pasukan yang dibimbing Luciano Figueroa dan Benjamin itu mampu mengulangi kejayaan merangkul kejuaraan pada 2017 ketika di bawah bimbingan Ulisses Morais.

Kekalahan kepada PJ City FC 0-1 dan kemudian terikat 3-3 dengan Terengganu FC (TFC) menyerlahk­an kepincanga­n barisan pertahanan skuad Harimau Selatan dan situasi itu sudah cukup memberi pengajaran berguna buat pasukan itu untuk kembali bangkit dengan persembaha­n yang lebih konsisten.

Apapun kelibat Diogo Luis Santo harus lebih tajam untuk melakukan penyudah tepat dan tidak lagi sering tersasar yang dilihat merugikan buat skuad JDT yang tidak boleh terlepas mengutip tiga mata pada aksi pertama itu. Malah JDT juga tidak boleh menganggap lawan mereka, UITM FC mudah dijinakkan memandang pasukan dari Liga Perdana itu mampu melakar kejutan apabila turun dengan persembaha­n mantap dalam usaha menewaskan skuad Harimau Selatan.

Sementara itu, Ismail berkata anak buahnya tidak akan memberi laluan mudah kepada skuad Harimau Selatan itu walaupun sudah pasti kelebihan memihak kepada lawan.

“Kami tetap hormati juara Liga Super itu yang juga pasukan terkuat Liga Malaysia, tapi kami bertandang ke Larkin dengan misi tersendiri. Kami sedar atas kertas sudah pasti kelebihan memihak kepada skuad JDT, tapi pemain kami sudah bersedia untuk melakar kejutan ke atas skuad Harimau Selatan itu.

“Untuk catat kemenangan pasti tugas sukar buat pemain kami. Tapi jika anak buah kami berjaya mencuri satu mata di Larkin, ia sudah memadai. Ia sudah pasti satu kejutan kerana pemain begitu teruja bertemu dengan skuad itu lebih-lebih lagi beraksi di stadium mereka,” katanya.

 ?? (Foto FB Johor Southern Tigers) ?? Pasukan JDT bakal bertemu UITM FC pada aksi pertama Kumpulan B Piala Malaysia di Larkin, malam esok.
(Foto FB Johor Southern Tigers) Pasukan JDT bakal bertemu UITM FC pada aksi pertama Kumpulan B Piala Malaysia di Larkin, malam esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia