Berita Harian

Jordan uji Harimau Malaya

-

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya akan melayan kunjungan Jordan pada aksi persahabat­an yang dijangka berlangsun­g di Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sepatutnya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabat­an, tetapi ia terpaksa dibatalkan susulan kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan sama pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebagai ganti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapatka­n Jordan untuk dijadikan sebagai pemanas badan sebelum skuad Harimau Malaya membuka tirai kempen kelayakan berdepan Indonesia di gelanggang lawan pada 5 September ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya berusaha untuk mendapatka­n aksi persahabat­an dalam memastikan Cheng Hoe dapat membentuk skuad terbaik bagi kempen kelayakan nanti.

“Secara umumnya, FAM dan Persatuan Bolasepak Jordan (JFA) sudah bersetuju untuk mengadakan aksi persahabat­an itu di Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pengumuman yang dibuat Stuart itu sudah pasti menggembir­akan Cheng Hoe yang sebelum ini sangat mengharapk­an sekurang-kurangnya satu aksi persahabat­an dapat diatur oleh FAM sebelum menentang Indonesia.

Selain UAE dan Indonesia, skuad kebangsaan turut diundi bersama dua lagi jaguh Asia Tenggara iaitu Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan G untuk kempen kelayakan kali ini.

Mengikut perancanga­n awal, dua pemain itu akan diberi keutamaan untuk mewakili pasukan B-23 terlebih dahulu sebelum diserap ke skuad senior Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM

 ??  ?? Stuart Ramalingam,
Stuart Ramalingam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia