Berita Harian

Pemain kacukan perkuat skuad negara

Kobe, Armin dijangka disenarai B-23 bimbingan Kim Swee

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tampak memiliki banyak pilihan ‘senjata baharu’ bagi mengharung­i temasya Sukan SEA Filipina pada hujung tahun ini.

Selepas beberapa pemain muda yang sedang meningkat dicanang bakal dipanggil nanti, skuad B-23 juga bakal diperkuatk­an dengan dua pemain berbakat berdarah campuran Kobe Chong, 18, dan Armin Maier Rafi, 21.

Bagaimanap­un, dua pemain itu perlu menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sebelum senarai akhir skuad diumumkan pengendali kelahiran Melaka itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata mengikut perancanga­n awal, dua pemain itu akan diberi keutamaan untuk mewakili pasukan B-23 terlebih dahulu sebelum diserap ke skuad senior Harimau Malaya.

“Mungkin jika kita mendapat kelulusan daripada KDN dan FIFA, kita boleh gunakan khidmat mereka untuk Sukan SEA nanti. Tapi segalanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat penilaian terbaik,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Akhbar ini kelmarin turut melaporkan dua bintang muda termasuk wira Kedah di final Piala FA, Fadzrul Danel Mohd Nizam dan pemain sayap Fayyadh Zulkifli menjadi antara tonggak yang berpotensi disenaraik­an oleh Kim Swee.

Kim Swee menjelaska­n beliau sentiasa membuka pintu untuk mana-mana pemain menyertai skuad B-23 dengan syarat mereka mesti berada pada prestasi terbaik.

Jurulatih berkenaan sebenarnya boleh menghimpun­kan barisan terkuat untuk Sukan SEA nanti selepas pemain senior dalam skuad itu termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syahmi Safari dan Syamer Kutty Abba masih layak untuk beraksi bersama skuad B-23.

Dalam perkembang­an sama, Stuart menjelaska­n FAM masih menunggu jawapan daripada KDN dan FIFA mengenai permohonan menukar status naturalisa­si dua lagi pemain - Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.

“Setakat ini tiada apa-apa perkembang­an mengenai permohonan terhadap pemain itu. Tapi untuk Krasniqi dan De Paula, mereka hanya akan cukup syarat lima tahun beraksi di Malaysia tahun depan.

“Jadi kita hanya boleh menggunaka­n khidmat mereka tahun depan jika mendapat kelulusan daripada KDN dan FIFA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia