Berita Harian

NS buat kejutan rehatkan Mat Zan

-

Seremban: Dua hari sebelum sepak mula saingan Piala Malaysia, pasukan Negeri Sembilan (NS) membuat kejutan apabila merehatkan sementara ketua jurulatihn­ya, Mat Zan Mat Aris daripada menjalanka­n tugas.

Pengumuman itu dibuat oleh pengurus pasukan, Mohd Khairollah Abdul Latif di sini, semalam tanpa menyatakan sebarang alasan dan ia berkuatkua­sa sejak Rabu lalu.

Katanya, aksi Liga Perdana pasukan NS menentang UITM FC di Shah Alam, pada 20 Julai lalu yang berakhir dengan keputusan 1-1 adalah tugasan terakhir Mat Zan.

“Saya mengesahka­n Mat Zan direhatkan sementara daripada mengendali­kan latihan pasukan NS bermula Rabu minggu lalu. Ketika ini latihan pasukan dikendalik­an oleh penolong jurulatih, Zaki Sheikh Ahmad dan dibantu jurulatih skuad Piala Presiden, Sazali Saidon.

“Pasukan sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula Sabtu ini dan setakat ini, latihan itu berjalan lancar,” katanya di sini.

Mat Zan yang pernah membimbing Terengganu dan Melaka United dilantik mengendali­kan NS bermula akhir tahun lalu dan di bawah bimbingann­ya itu, skuad Hobin Jang Hobin sekadar menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tangga keenam.

Mengulas lanjut mengenai persiapan menghadapi saingan Kumpulan A Piala Malaysia, Mohd Khairollah berkata, skuad terbabit perlu mengambil peluang terbaik dalam dua perlawanan awal di tempat sendiri bermula pertembung­an dengan Kedah, Sabtu ini, disusuli menentang PKNS FC, 7 Ogos.

 ??  ?? Mat Zan Mat Aris
Mat Zan Mat Aris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia